" .. Kopi yang diminumnya pagi ini terasa begitu pekat sekali. Tidak pernah dia meminum kopi sepekat ini.. Paling pekat pun yang pernah diminumnya ialah 'neskepe' ais kauww yang selalu ' ditapaunya ' dari restoran mamak berhampiran rumah sewanya itu ..."
" .. Pagi ini dia sendiripun tak tahu kenapa dia boleh masuk ke kedai Kopitiam ini dan memesan ' Kopi Putih Ipoh Mali Kaww Punya ' ini. Ya, itulah nama kopi itu yang tertera di atas helaian Menu yang menghiasi setiap meja di restoran ala - ala Baba dan Nyoya itu .... "
"... Sebaik sahaja dia memalingkan mukanya dari menu itu, Salam merasakan seolah - olah dia berada di satu situasi di mana dia pernah mengalaminya sebelum ini. " Inikah yang dipanggil Deja Vu?" Getus hati Salam yang masih tidak memahami apa yang berlaku ....."
** Bersambung di dalam naskhah novel yang akan terbit di pasaran tak lama lagi .... Nantikannya
Salam
B.A.C.A.
NYSM ® all rights reserved
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nak tumpang merepek? Ikut suka kau lah...