Dihikayatkan beribu - ribu burung dan margasatua pelbagai jenis diketuai oleh Hud-Hud (Spesis keturunan Belatuk - yang pernah menjadi peninjau istana Balqis zaman nabi Sulaiman, dan peninjau tanah daratan zaman banjir besar nabi Nuh) , pergi mengembara dengan hasrat yang tinggi tak terperi mencari Raja mereka yang termasyur. Akhirnya yg tinggal hanya 30 ekor sahaja yang berjumpa dgn Raja SIMURAQ yg 'ironically' barmaksud 30 (dalam bahasa Parsi). Mereka akhirnya mendapati raja yg teragong itu refleksi daripada diri mereka sendiri ...
Pada aku inilah metafora sufi terhebat dan paling DEEP tentang hakikat Kewujudan manusia dan hubungannya dgn Tuhan Pencipta (yg Hakiki)
HUD HUD ini digambarkan sebagai burung yang bijaksana , luas ilmu nya menjangkau segala macam kisah berkaitan kisah ketuhanan dan misteri alam ....
Antara petikan - petikan berkaitan:
Lihat dunia dari mata burung atau lihat dari dalam tempurung yg mana satu engkau pilih ...
~ Tanya sama itu Hud Hud @ Hoopoe Bird ~
Diceritakan juga Raja SIMURAQ itu mitosnya bermula di negeri China ,
Bentuknya seperti Garuda dan ada yang sperti Gergasi ............ ( Lang Masilang Kui Masikui ... Lai la lai lai laii la lai lai laii la lai lai lai lai lai lai )
Berkata Sang Belatuk; " Apakah ertinya segala pertanyaan ini? Apakah ertinya kelemahan semangat ini? Mengapa mundur melangkah untuk mengatasi kesulitan? Bersiap-siaplah dengan alat bekalan iaitu hikmah yang tinggi, azam yang kuat dan tabah hati ... "
<< Musyawarah Burung >>
Dalam keadaan setengah kebingungan, mereka berkata; “ Wahai payahnya perjalanan kita ini. Di sinilah kita melihat ratusan falak hanya laksana butir-butir pasir kecil belaka. Apakah ertinya wujud kita dan apa ertinya adam (tiada) kita dihadapan Hadrat ini? ” << Musyawarah Burung >>
" ... sesungguhnya "Kecintaan" itu akan mengubah yang pahit menjadi manis, tanah menjadi emas, yang keruh menjadi jernih, yang sakit menjadi sembuh, penjara menjadi taman, kekasaran menjadi kasih sayang, "Kecintaan"lah yang melunakkan besi, mencairkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan kepadanya... "
(Jalaluddin Rumi)
SEKIAN
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamDihikayatkan beribu2 burung plbagai jenis diketuai oleh Hud-Hud (Spesis keturunan Belatuk - yang pernah menjadi peninjau istana Balqis zaman nabi Sulaiman, dan peninjau tanah daratan zaman banjir nabi Nuh). Akhirnya yg tinggal hanya 30 ekor sahaja yang brjumpa dgn Raja SIMURAQ yg 'ironically' barmaksud 30 (dalam bahasa Parsi). Mereka akhirnya mendapati raja yg teragong itu refleksi drp diri mereka sendiri ...
BalasPadam