Selasa, 30 Oktober 2012

B.A.C.A. : Hidup ini Pelayaran (Free Flow Part)




' .... Hidup ini umpama pelayaran ... Kita perlu melengkapkan segala peralatan dan persediaan untuk dibawa dalam pelayaran tersebut, kerana jika tersilap langkah, kita akan karam dan tidak akan kembali lagi ..." Salam merenung jauh ke tengah lautan yang tidak berpenghujung itu. Bersamanya, kelihatan pelbagai jenis senjata lengkap, persis seorang pahlawan yang mahu pergi ke medan perang ... "

" ....Bot yang dinaiki salam meluncur laju menuju ke arah satu destinasi.... ABADI ...."

Salam merenung semakin jauh ke tengah lautan ... Entah macamana tiba - tiba terngiang - ngiang di telinganya alunan lagu Aku yang Tersakiti , seolah - olah ianya dibawa melayang bersama deruan angin kencang Laut China Selatan itu ....



Salam 

B.A.C.A.

NYSM  ® all rights reserved

Sabtu, 13 Oktober 2012

Hidupkan Enjin Mu




Pengembaraan aku diatas Jentera Gah di Padang Pasir tidak bertepi ini, masih belum bertemu jalan keluar... Ribut Pasir dan Kabut Tebal menutup pandangan dan menyesakkan dada ...


Pedulikkan Apa Kata Mereka!! ... Hidupkan Enjinmu  Kerana Perjalanan ini Mesti diteruskan .....

NYSM

Selasa, 2 Oktober 2012

Kau Mesti 'Kuat'


Kau Mesti Kuat : Menentang Segalanya ....

Di saat semua dan segala - galanya seperti mahu menghancurkan kau,  sehinggakan suara dari dalam sendiri pun sudah tidak kau percaya lagi ... Apa lagi yang boleh kau lakukan ? Hanya ada diri kau sendiri ... Hanya antara kau dan Dia ... 

Kau tiada pilihan lain lagi melainkan kau mesti 'Kuat' dan 'Menjadi Kuat' ... Walau 'Semua' berkata tidak ...

Kerana Dia akan bersama yang 'Kuat' ... Bukan kuat Fizikal , tapi Kekuatan Dalaman dan Spiritual ..

'Hakikatnya' , mereka yang mampu berSabar itulah yang Paling 'Kuat' 




NYSM