Jumaat, 29 Jun 2012

" Warrrior and Waterfall " : Pantang Dicabar akan Di Tapak




" .... Husin masih lagi tenang dan selamba meneruskan kerja – kerja yang dibuatnya sejak tadi. Masih tidak puashati dengan tindak tanduk Husin yang tidak memberi sebarang respon itu, Karim cuba melakukan tindakan yang lebih agresif. Kasut Husin yang sudah lusuh dan sedikit koyak itu kini dipijak dan ditenyeh – tenyeh dengan kasut berjenama “Warrior”nya itu.


Kali ini Husin rasa sangat terhina dan tercabar. Had kesabarannya sudah melebihi tahap maksimum. Apatah lagi bila kasutnya putih itu sudah menjadi kotor dek pijakan Karim tadi. Sudah pasti ia akan menimbulkan kemaharan kedua orang tuanya nanti bila balik ke rumah. Dengan tanpa banyak bicara, Husin menolak Karim sekuat hati seterusnya memberikan satu tendangan pusingan sisi atau lebih dikenali sebagai ‘side kick’ dalam seni Karate, tepat kearah perut Karim. .... "


" ..... Dia merenung jauh melihat ke dalam air terjun yang deras menghentam batu – batu di bawahnya. Matanya tertumpu ke arah daun – daun pohon ara yang gugur berterbangan di tiup agin lalu jatuh ke dalam arus aliran air terjun itu, lantas dibawa menuju kearah anak sungai berdekatan. 

“ Apalah nasib yang menimpa aku ini. Apakah aku mahu jadi seperti air terjun yang sentiasa menghentam ganas batu itu tanpa henti?Atau akukah batu itu yang sentiasa merelakan diriku dihentam dan di tujah air yang ganas demi untuk kebaikan orang lain? Atau adakah aku seperti dedaun Ara itu yang hanya gugur tak bermaya dan dihanyutkan oleh air terjun yang deras itu ke mana sahaja ia mahu?”. 


Bersambung ....


Bunga Raya dan Senapang - Hujan November

NYSM epic

Hujan November 2




" ... Pemuda misteri yang dari tadi hanya tunduk sambil sesekali menghirup minumannya kini bangun menuju meja tempat ketua penjenayah tadi minum. Dengan tidak semena - mena dia melanggar meja itu yang membuatkan teh tarik ketua penjenayah itu tumpah. Ini membuatkan ketua penjenayah itu marah, namun pemuda itu memohon maaf berkali - kali.  ... "


Bersambung ......

Bunga Raya dan Senapang - Hujan November

NYSM epic





Hujan November



" ... Namun begitu ahli pasukannya yg memantau Pemuda Misteri itu juga memberi maklumat bahawa pemuda misteri yang memakai baju "sweater" yang mempunyai "hood" sebagai penutup kepala itu juga menuju ke tempat yang sama. Namun pemuda misteri itu tidak terus menuju ke rumah tempat mereka berkawal. Dia menuju ke sebuah gerai atau restoran kecil berhampiran rumah penjenayah itu, tempat mereka selalu menghabiskan masa. Waktu itu hujan gerimis mula menitis membasahi bumi. .... "


Bersambung ....


Bunga Raya dan Senapang - Hujan November


NYSM epic

Main Lastik dan Berpestolan

Hari itu pada 20 November adalah hari lahir dan juga hari peperangan utama Husin dengan pasukan musuh yang diketuai oleh Hasan. Kelihatan daun daun dan buah cenderai itu bergegar , seperti ada sesuatu yang sangat kuat sedang menggegarkannya .. Titisan air hujan yang menyiram umpama bersantai dalam takungan kelopak dedaun pepohon cenderai itu berguguran , berjuraian menjadi manik manik dan mutiara halus yang bertaburan menyimbah bumi. 

Bunyi tembakan das das senapang bedil buloh masih lagi rancak kedengaran.. Letusan peluru cenderai yang meletup membingitkan telinga telinga yang mendengar, berbalas balas umpama senapang automatik yang menukar pelurunya tanpa henti. Hujan juga masih lagi mencurahkan airnya tanpa henti. Daripada gerimis,  sekarang sudah semakin lebat. Namun , tanpa disangka-sangka disebalik pepohon terung bulat dibelakangnya terhambur beberapa biji peluru yang diperbuat dari buah terung bulat itu sendiri sedang melayang laju menuju kesasaran ..


Bersambung ....


Bunga Raya dan Senapang - Hujan November

NYSM Epic

Lirik Baru Lagu AZURRI




Aku terpaksa ubah lirik lagu Azurri ituhari ...Banyak kena buat semula ...Kira semua kena tukarlah !! Ini semua gara - gara semalam punya game lah !! OK .... Errrrrrrrrrrr .......

Serius , sebenarnya aku tak ada idea .............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Sekian ...

NYSM epic

Rabu, 27 Jun 2012

Lagu German Buat ' Azurri '



Sandarkan Pada Kemenangan , Bukan Kenangan


Mesut OZek :
Kenangan manis Kau dan England pasti berakhir , duri ranjau dalam penalti , lumrah main bolaaa ...
Chorus:
Semi Final yang! German ditentang! Perasaan menjadi ngeriiii .... Ooo ooooo
Azurri :
Lihatlah diriku yang kehilangan , tanpa kasihmu German Siapalah Akuuuu

Chorus:

Semi Final yang! ! Saling Percaya .... German menang Berpanjangaaan ... Ohh ohhh
Mesut OZek :
Mengapa Kita harus bersengketa ....

Azurri :
Kerana kalah dan tidak sangka ...

Mesut OZek :
Apa yang telah terjadi pada Perlawanan ...

Azurri :
Sememangnya aku tak dapat melupakan ....

Mesut OZek :
Mengapa masih ada perasaan Sedih ...

Azurri :
Kerana kita tak percaya Luput dari Kejohanan ....

Mesut OZek :
Marilah kita saling salam bersalam ...
Kalaulah ada benci , kita sandarkan pada ' Kemenangan ' ....


Untuk memudahkan lagi tgk video ni .....
 


Azurri , Sudahlah


Mesut Ozek :

Azzurri...
Ada sinar di mataku
Lembik kakimu menahan... sayang...

Azzurri...
Sedihmu kuterbayang
Takkan aku nak seri sampai penalti... wakluuu...

Azzurriiiiiiiii ...
Kaulah sinar hidupku
Yang mengheretkan piala
Di dalam pasukanku

Oh Azzurii...
Kaulah sinar hidupku
Takdir telah menyatukan
Euro, kau untuk aku

Azzurriiiiiiiiiiiiiiii ...


" Azurri , aku tidak pernah bermimpi utk mengalahkanmu , tapi suratan takdir telah menemukan kita , lalu aku terpaksa membelasahmu ... "


** Ulang Chorus



Untuk memudahkan lagi tgk video ni .....

 


Selasa, 19 Jun 2012

Transformasi Transisi GELAP - WIRA


Secara tidak disedari watak Husin yang bermula agak naif semakin bertukar Hitam dan Gelap ... Adakah dia akan diingati sebagai Wira Gelap ataupun sebagai petualang Antagonis yang dibenci....


Berat beban yang ditangggungnya:

“Apalah nasib yang menimpa aku ini. Apakah aku mahu jadi seperti air terjun yang sentiasa menghentam ganas batu itu tanpa henti? Atau akukah batu itu yang sentiasa merelakan diriku dihentam dan di tujah air yang ganas demi untuk kebaikan orang lain? Atau adakah aku seperti dedaun Ara itu yang hanya gugur tak bermaya dan dihanyutkan oleh air terjun yang deras itu ke mana sahaja ia mahu?”. ..


Emosi aku juga agak terkesan dan terganggu dengan perubahan dan Transformasi Husin ini dari Putih kepada Gelap dan Hitam ni .... Segalanya berlaku secara kebetulan dan di bawah sedar tanpa dirancang .......




NYSM epic
" Bunga Raya dan Senapang - Hujan November "

Khamis, 14 Jun 2012

POSKAD Dari Masa Silam




Semalam aku menerima satu POSKAD Misteri dengan stem bertarikh 13-06-1985  tanpa nama Pengirim. Yang ada cuma signature yang berbunyi : " Bunga Raya dan Senapang"..
Aku syak ini nama untuk " Guns and Roses" masa kecik - kecik ...
Adakah ini Poskad daripada aku sendiri dari zaman itu ???

Mesejnya berbunyi begini:

Ke hadapan Nazri ;

Pernah tak kau main lastik dan berpestolan ?, Pestol - pestolan .....

Aku moden sikitla...lastik ready made drpd plastik. Pistol revolver mcm adik nurkiah masam2 manis. Jenis peluru memanjang hilang. Takpun pistol yg peluru getah tembak kat benda licin melekat. Sebelum tembak jilat2 dulu hujung peluru tu kasi basah...(eiiiiyarkkkk! bila kenang2 balik). Ada satu jenis pestol lagi...peluru api kaler merah bergulung...kalau abah aku ke pekan mesti pesan suruh beli peluru. Kalau tak peperangan ini tidak dapat diteruskan dan kampung kita tidak akan aman dari ancaman komunis. (masa tu kalau main perang berebut nk jd askar dr nk jd komunis)

yg ready made tu aku rasa xpnah main.. tgk je ... mgkin pada aku tak original!! OOhhhh!! Kau lah yng menangis nak baju Koboi tuh??? kahkahah tak sangkaa.. errkkkk tapi bila pikir balik ... aku pun ada suit tu dengan pitol dia sekali juga puunnn ...

Masa kecik aku selalu main meriam buloh je ...

Nampak!! Ni orang kaya kaya punya mainan ... Senjata2 Berat ... baru padu!! hahaa

bukan takat baju koboi, baju superman pun aku ada...rambut siap pintal huruf S kat dahi...cuma power tak boleh lebih...abis power pun terjun dari tangga dapur...ermmmm....aku rasa baju yg dowang jual tu tipu laaa..

apsal baju yg aku ada kau pn ada ni?? ishhh rambut S tu pn aku cuba jgk buat termasuk cubaan utk terbang ishhh ... Tp Zoul Ned aku rasa mesti dia lg advance ... maklumlah meriam buluh ....

Hahahaha ... Aku ada uniform ninja je ... Aku rase ko kat asrama dulu pun ada pakai ...

nampak?? advance tuu Ninja ... errrr kat asrama tu lebih kepada menyerupai purdah ...

Ko ingat tak kain samping warna hitam tuh ... Balut kat kepala nampak mata 2 biji keh keh keh

oooo aku ingatkan purdah .... Ehh!! oo yang masuk bilik kitorang tu kaulah?? haaa..dah tau dah hahaa  ....

Sekian ...

" Bunga Raya dan Senapang"


13-06-1985

Isnin, 4 Jun 2012

TOK GAJAH - TEASER 1 : dalam turutan



Gaya @ trend baru penceritaan :


" Gabungan antara dokumentari, 'Feature Film' (fiksyen), 'Art House' (deep) dan budaya 'POP' " - Quote: DainSaid on - BUNOHAN

[bgformspringx.jpg]"Tiada garis sempadan yang jelas "

TOK GAJAH
NYSM epic ® all rights reserved



TEASER 1 :
" Setiap hari adalah seperti satu bab baru dalam sebuah buku, kita tak boleh nak ubah cerita semalam tapi ia boleh di 'betulkan' oleh cerita baru didalam bab yg baru  .... "   - Pak Leh


" ....Pak Leh tersenyum sendirian sejak dari tadi , sambil memecut laju di atas motor Honda C60  kepunyaannya itu . Ternyata tangkapan ikannya hari ini agak banyak daripada biasa. ikan Patin, Sebarau dan beberapa ekor lagi ikan- ikan kecil hampir memenuhkan tong ikan “hikmatnya” itu yang tidaklah seberapa besar ...... "



" .... Kebolehan Bahari bermain muzik ini sudah terserlah dari zaman remajanya lagi. Dia selalu memenangi pertandingan – pertandingan nyanyian dan juga “Battle of the Band” yang disertainya. “Eh Bahari! Minggu depan jadi tak kita main kat kenduri kawin rumah Pak Abas??” Tanya Ujang .... "
                                                                                 Inilah yang aku maksudkan dengan:

" Tiada suatu pun bunyi yang kedengaran kecuali bunyi deruan angin dan sesekali bunyi kicauan burung nuri memecah hening suasana. Pokok - pokok di situ mempunyai daun – daun yang tebal dan lebar. Warna hijaunya pula amat pekat sehingga kadang – kadang kelihatan seperti warna hitam. Paku – pakisnya bersaiz agak besar dari biasa. Ketebalan hutan itu menyebabkan suasana di dalamnya menjadi agak gelap di mana hanya sedikit sahaja cahaya yang berjaya menembusinya .."

Bahari:
" ... Ia berbentuk seperti sesuatu benda yang sangat besar yang menyambar seperti kilat dan akhirnya  membentuk timbunan batu – batu dan kayu . Imej itu berlegar – legar di dalam kepalanya selama beberapa minit sebelum dia tersedar kerana kesakitan yang amat sangat ...."


" .... Bahari tidak dapat berbuat apa – apa lagi. Dia hanya merenung tajam ke mata gajah itu seperti sedang melakukan “telepati”, sambil tangan kanannya diangkat member isyarat supaya gajah itu berundur.  Mata bulat gajah itu juga kelihatan seperti merenung tajam tanpa berkelip ke dalam mata bahari ... "

Bahari
" Masa pengsan tadi semuanya gelap. Saya cuma nampak macam kelibat budak kecik tengah menangis, kemudian ada sekor gajah menghulurkan belalai dia kat tangan budak tu, dan tak lama lepas tu budak tu berhenti menangis .. Itulah yang saya nampak … "


 “ Maaf , maaf … Itulah perkataan yang terngiang – ngiang di telinganya sejak dari tadi .. Ya Allah! Apakah gajah ini sedang meminta maaf dari budak itu?? Hmmm… tapi apa kena mengena dengan aku??” Persoalan itu membuatkan Bahri semakin buntu. "




" .... Malam itu Pak Leh tidak boleh tidur memikirkan kejadian yang berlaku antara dia, Bahari dan gajah – gajah liar siang tadi. Bayangan dan imej – imej yang dilihat oleh Bahari semasa dia pengsan amat mengganggu fikiran Pak Leh.  Berbagai andaian dibuat oleh Pak Leh berkenaan dengan mesej daripada mimpi itu ..... "





" .... Setelah menghabiskan hampir tiga jam di dalam hutan tersebut cuba menjejaki kesan - kesan gajah yang selama ini telah membuatkan hidup Pak Leh sengsara , Bahari sempat meluangkan masa senggangnya sebelum pulang ke Lanchang dengan aktiviti memancing. Lokasi yang dipilihnya kelihatan sungguh strategik dan pasti mengujakan kaki - kaki pancing yang melihatnya ... "


" .. Apa tidaknya, lubuk tempat dia menghayunkan pancing dan jorannya itu terletak di sungai yang datangnya dari air terjun Lata Begus atau lebih dikenali oleh penduduk kampung sebagai air terjun Las Vegas. Lokasi air terjun ini terletak betul - betul di antara dua buah curam bukit yang mengunjur dari banjaran Titiwangsa sehinggalah sampai ke kampung itu ..."


" ... Airnya seolah - olah berwarna hijau gelap menyamai warna dedaun pepohon rimba yang menghiasi seluruh kawasan terpencil itu ... Tidak hairanlah, dengan sekali balingan menggunakan umpan cacing tanah, dia telah berjaya menaikkan seekor ikan Sebarau keemasan seberat 2 kilo setengah. Senyum Bahari sampai ke telinga ... ""Waaaahhh!!! Pasti lumayan hasil aku hari ni! Pehhhhhh!!! " Jerit Bahari sekuat hati, disusuli gema lantunan "echoe" suaranya tadi yang berulang - ulang hampir sepuluh kali ........ "





Atikah Husna:
" ....  Pernah ada cerita rakyat yang mengatakan yang wau bulan ini memang pernah sampai ke bulan.  Tiada siapa yang dapat mengesahkan cerita itu sehingga sekarang.
Terfikir di benak Atikah mungkin dari teori ini jugalah maka tercetusnya idea penciptaan kapal terbang  dan jet pejuang canggih yang di pelopori oleh Amerika dan sekutu – sekutu kuatnya. ..." ...Ironinya, sehingga ke hari ini, tiada siapa yang dapat membuktikan secara total yang Amerika dan sekutunya itu memang benar – benar telah mendarat di bulan seperti yang digembar – gemburkan kepada dunia. ... "







Atikah Husna :
" ... Setiap pergerakan watak patung yang dicipta dan disesuaikan mengikut jalan ceritanya juga perlu bertepatan dengan skala – skala tertentu. Tiada siapa juga yang dapat menafikan bahawa teknologi sinema ataupun panggung wayang masa kini mungkin juga dicetuskan atau mempunyai perkaitan dengan  permainan traditional Melayu ini .... "







Atikah Husna
" .... Sesekali dia memandang keluar tingkap memerhati imej pokok pokok ditepi jalan Temerloh - Jerantut itu begitu memukau dengan warna hijau pekat berlatar belakangkan langit dan awan yg agak mendung tapi masih memancarkan cahaya matahari dicelah celahnya ...  Perasaan "Deja Vu” tiba - tiba sangat dirasainya .... " - 





Inilah yang aku maksudkan dengan :

Dia sedang menyaksikan satu 'panorama majestic' bila jalur - jalur sinar matahari memancar terang terus ke bumi menembusi gumpalan awan gelap berlatarbelakangkan tona biru warna langit ..." - Atikah Husna

Mungkin kau bersetuju dengan aku.
'Panorama Majestik' lebih hebat dari Awan Nano...







" .... Di sebalik keindahan yang disaksikannya itu, dia dapat merasakan seperti ada seribu misteri yang tersimpan di kampung yang bakal dijekakinya  tak lama lagi. "Apakah aku akan bertemu apa yang aku cari , atau adakah misteri ini akan terus membelunggu aku??" Dia masih tidak pasti apa yang bakal dihadapinya. Hanya yang bermain - main di fikirannya untuk melihat sendiri pusara di mana ayahnya di semadikan ..... " - Atikah Husna













Leman:
" ... Tergambar di kotak fikirannya segala kejadian yang telah berlaku dalam hidupnya semenjak dari zaman kanak – kanak lagi. Tidak ada satu pun yang berkaitan dengan kebaikan. Segalanya berkisar tentang kesusahan, penderitaan, keganasan, jenayah dan penipuan. Masih segar di ingatannya, bagaimana ayahnya telah ditangkap polis atas kesalahan mengedar dadah ..... "





Leman:
". .... Pertemuannya dengan Atikah Husna semakin menjadikan semangatnya untuk membalas jasa Pak Leh semakin berkobar – kobar. Tidak pernah terbayang olehnya ada seorang manusia yang sanggup menjadikannya sebagai anak, setelah segala perbuatan jahat yang dilakukannya sebelum ini. Masih terngiang kata – kata Atikah Husna kepadanya tadi. Memang benar, dia perlu menghormati orang tua itu sepertimana apa yang sepatutnya dibuat kerana orang tua itulah yang berhak dan seharusnya menerima segala penghormatan. ..... "



“..... Macamana Pak Talib?? Kita bawak je semua beruk ni ke balai!!” Cadang Pak Akob tegas. “Haa memang aku setuju sangat!! Binatang – binatang ni semua bukan boleh lepas bebas macam ni!! Mereka ni semua kena duduk dalam kandang Penjara tu!! Baru puas hati aku!!” Memang inilah yang dinanti – nantikan Pak Talib selama ini. Iaitu untuk menangkap petualang – petualang  yang dah banyak menyusahkan penduduk kampong selama ini ..... "




" ..... Semakin hari Leman semakin tertekan dengan apa yang berlaku. Semakin lama semakin banyak dan berat kemarahannya yang dipendam dan disimpan di lubuk hatinya itu. Dari raut wajahnya sudah tergambar betapa hebatnya kemarahan yang dipendamnya. Anak matanya begitu tajam bila merenung sesuatu. 


" ...Reaksinya kepada sesuatu perkara yang tidak betul kadangkala begitu ekstrim dan agresif. Pantang ada sesuatu yang tak kena, dia pasti mengamuk. Segala kemarahannya kini semakin tertumpu kepada seorang yang sangat berpengaruh di kampungnya itu. Orang itu adalah Pak Talib ...."




Atikah Husna:
" .... Gajah – gajah tadi berdiri dalam bentuk satu bulatan di dalam sungai itu dan mereka beramai – ramai memancutkan air ke udara membentuk satu pancutan air yang besar dan kembang. Satu imej indah tergambar seolah – seolah sedang melihat pertunjukan air pancut di hotel –hotel besar ataupun di KLCC, kalaupun bukan di hadapan Effeil Tower, Paris. .... " 



" .... Dengan pantas Atikah berlari ke sungai lalu menyimbahkan air kepada Bahari dan juga gajah yang menyemburnya tadi. Bahari yang sudah menjangkakan tindakbalas itu hanya tergelak besar melihat perlakuan Atikah. Tidak semena – mena gajah tadi juga mengangkatkan belalainya dan juga kepalanya sambil mengeluarkan bunyi yang agak kuat tapi agak pelik dan kelakar. “Dia gelak jugak tu! Hahahaha” Jelas Bahari sambil ketawa,  disambut  ketawa Atikah .... "





" .... Bunyi “strumming” dan “plucking” dari gitar Bahari dan kawan – kawannya dari kumpulan Silent Tapioca ternyata berjaya menarik minat pengunjung – pengunjung disitu termasuk juga beberapa ekor gajah yang berdekatan .... "



Bahari - Pejuang Hak Asasi Binatang
“ .... Saya tak faham kenapa dalam dunia ni ramai manusia yang sanggup menghapuskan makhluk – makhluk ciptaan Tuhan yang tak berdosa macam ni sebab mengejar harta kekayaan dan kuasa.. Mereka dah macam tak berhati perut ! Ini semua hasil dari kehidupan dunia hari ini yang dah gila! Terlampau gila sampai lupa yang mereka tu manusia ciptaan Tuhan juga!! .....  ”


Leman Mengamok:
" Dia menghayunkan parangnya tepat ke arah penimbang getah di tepi lori Pak Talib itu. PokLib ingat harta Poklib yg bertimbon2 ni boleh memberatkan dacing timbang Poklib kat "sana" besok ke??? Silap silap harta inilah yg membenam Poklib ke dasor kerak neraka jahanam tuh!!! "Ptuiii!!! " Leman meludah ke arah Pak Talib dan terus berlalu meninggalkan Pak Talib dan dua orang pekerjanya terpinga - pinga  ...... "




"Woiiii!!! Setan!!! Kat luar baik , kat dalam setan!!! Haa Orang macam ni lah yg patut kita bunoh!!!" Tiba - tiba kelibat Leman muncul entah dari mana. Di tangannya ada  "Shortgun" yang muncung larasnya betul - betul dihalakan ke arah Pak Talib …


" Apakah Kaitan di antara mereka semua ini?? Mengapa mereka jadi begitu? Apakah yang setiap watak ini cari? Apakah kaitan gajah itu dengan mereka? Apakah Kesudahan dan Pengakhirannya kisah EPIC ini?? 

Nantikan FULL Version " TOK GAJAH " the Novel Akan Datang Tak Lama lagi 

Pasti mengejutkan minda anda 

Ahad, 3 Jun 2012

:: SAMBAL ::




Ada orang kata , kalau takde sambal dia tak boleh makan ... Mmmm kalau dah tak boleh makan maknanya dia  dah tak boleh hidup ... Ishhhh ... Aku pun macam tu jugak. Mesti nak ada sambal ... Tapi takdelah sampai tak boleh hidup kalau takde benda yang boleh buat mulut dan lidah kau rasa panas macam nak terbakar ni ... 


Yang hebat tentang sambal ni , lagi dia pedas dan membakar lidah kita , lagi kita sedap nak menyuap nasi dan ulam - ulam yang merupakan musuh ketat atau " lawan " utama kepada sambal ini ... Sambal ada banyak jenis , ada sambal belacan , sambal tempoyak , sambal ikan bilis , sambal hitam (orang Pahang) , sambal cincalok (orang Melaka) , sambal budu (orang Kelantan) , sambal ayam penyet (orang Seberang) , sambal cili dan garam (orang simple) dan bermacam - macam lagi ...


Sebenarnya , aku bukanlah nak buat blog pasal Resepi Masakan , ataupun Jalan Jalan Cari Makan , tapi sebenarnya " Sambal " ini adalah Simbolik kepada kehidupan kita sehari - hari ... Kehidupan kita orang Melayu ...


Pernah dengar orang kata , aku kalau tak mengutuk atau bercerita dan mengumpat ataupun memfitnah pasal orang lain satu hari tak sah .. Bersembang kalau takde benda benda macam tu tak sah , tak best dan tak layan sembang .. 


Lagi pedas apa yang kita kutuk atau umpatkan lagi seronok dan puas kita rasa. Sama dengan apa yang kita rasa semasa makan "Sambal".


Tapi sambal ni kalau dah terlebih sangat makan akan membuatkan mulut kita betul - betul rasa terbakar sampai kita tak tahan dan dah tak selera nak makan nasik lagi. kemudian kesan sampingan yang akan berlaku tak berapa lama lepas tu ialah berlari dengan laju ke Tandas. 


Begitulah juga kesannya dengan mengumpat ataupun mengata yang kalau dah terlebih sangat , kita akan menerima padah yang sama ataupun lebih lagi , tapi dalam bentuk yang berbeza ...


Aku harap tulisan aku ni tak lah " Pedas " sangat ...




~ NYSM epic ~

Sabtu, 2 Jun 2012

Kita Diperhati !!


Bila mata aku terpandang kepada CCTV di setiap premis yang aku masuki , fikiran aku mula bertanya.

Sedar tak anda bahawa kita sentiasa diperhati di dalam dunia serba canggih hari ini?? Suatu ciptaan hebat manusia yang diberi nama IT yang menggabungkan Sains , Teknologi , Komunikasi dan Falsafah kedalam suatu sistem yang membantu kita menjalani hidup dengan begitu mudah , namun ia juga mempunyai kesan - kesan sampingannya yang tersendiri .. .

Dalam kita sedang melayari internet ini sekarang , kita sedang diperhati oleh mungkin kawan kita , musuh kita , pihak berkuasa , kerajaan , jabatan perisikan antarabangsa dan sesiapa sahaja yang mempunyai kepentingan . . .

Setiap teknologi yang kita gunakan hari ini , dari dalam rumah kita Telefon , television , Siaran TV berbayar , Internet , Kad kredit sehinggalah rekod barang keperluan dapur yang kita beli dari pasaraya pun, semuanya mempunyai sistem jaringan yang sangat unik untuk membolehkan mereka berhubung dan menghantar data maklumat dan isyarat kepada satu sama lain..

Melangkah sahaja kita keluar rumah , kita juga akan diperhati melalui satelit yang boleh mengesan secara GPS yang dipancarkan dari cip yang telah dipasangkan didalam peralatan elektronik kenderaan yang sedang kita naiki. Ataupun jika kenderan kita adalah jenis kenderaan lama atau " kuno ", mereka boleh juga mengesan kita melalui pancaran kamera satelit berkuasa paling tinggi yang memantau segala pergerakan di segenap muka bumi ini .

Inilah teknologi ciptaan manusia sekarang yang dimonopoli oleh kuasa kuasa besar yang sedang menguasai dunia ...


Namun cuba kita fikirkan sejenak , jika manusia yang begitu banyak kelemahannya ini mampu mencipta benda sebegini , apatah lagi Tuhan yang mencipta segala manusia , yang mencipta segala kelengkapan yang kita cipta ini , yang mencipta dunia dan alam di sekeliling lingkungan galaksi ... 


Sudah tentulah DIA mempunyai kelengkapan yang maha canggih yang dapat memerhati dan memantau manusia dan segala - segalanya dalam keadaan yang tiada batas .. Infiniti ...


Jadi , kemana kita mahu lari ? 




~ NYSM epic ~

:: TANJAK ::




Tanjak atau Tengkolok adalah suatu lambang kebesaran dan kepahlawanan , pakaian rasmi dan juga pakaian harian ataupun pakaian asal manusia penduduk di kepulauan Melayu , sebelum kedatangan " design - design " dari seluruh pelusok dunia Timur Barat Utara dan Selatan ...

Tanjak dan kelengkapannya yang lain seperti keris dan sebagainya bukan hanya sebagai pakaian penghias luaran , malah lebih kepada jatidiri serta sifat bangsa itu sendiri iaitu Taat tapi pantang dicabar , Setia , Jujur , Baik Hati , Pemalu , Bersopan Santun (Cakap berlapik dan berkias) , amanah , sabar dan berkarisma . Semua sifat - sifat itu merujuk kepada  perkara yang baik - baik dan positif. Dengan kedatangan Islam di Tanah Melayu menjadikan nilai - nilai itu bertambah kuat dan sebati bila digabungkan ...

Mutakhir ini , kita melihat nilai - nilai yang ada ini semakin terhakis malah kelihatan seperti mahu pupus ... Orang kita kelihatan seperti " Manusia Rakus " , musuh dalam selimut , bermuka -muka , cakap berbelit , Fitnah , tudohan Liar , kata - kata kasar dan makian , sudah tiada sopan , santun dan silu sudah hilang malah makin menuju alam kepupusan ...

Kerisauan ini bertambah bila perkara -perkara jelik , busuk , keji , kejam , berperikebinatangan mula mengambil tempat di hati orang - orang kita malah mula berleluasa seperti suatu yang biasa malah lebih menjelikkan lagi , ia sudah dianggap biasa umpama " Hiburan Harian " yang diperlukan untuk tatapan ...

Tujuan hidup tanpa disedari sudah berubah ... Hormat menghormati kepada yang lebih tua (ini adalah seperti " signature " rasmi org kita) seperti sudah menjadi benda "Kliche" dan ketinggalan Zaman ... Ikatan adik beradik . saudara mara , anak beranak seperti sudah menyusut nilainya dan kadang - kadang cuma tertulis di Kad Pengenalan atau Pejabat Pendaftaran .. Tapi hakikatnya mereka Menikam sesama sendiri dari belakang , rusuk kiri dan kanan malah juga terang - terangan dari hadapan mata ...

Apalah yang hendak jadi dengan " Orang Kita " .. Semangat " Tanjak " ini juga sudah hampir pupus dengan pupusnya nilai - nilai suci dan murni yang dibawa dari zaman kegemilangan dulu ... Ia cuma dipakai sekali sekala, malah mungkin sekali dlm seumur hidup pada hari perkahwinan ataupun dimajlis majlis rasmi kerajaan .. Apalah guna jika ia hanya gah menjadi hiasan di luar tapi di hati Busok umpama Pekong yang merebak ...

Mungkin rintihan itu boleh dilihat dari video ini : " Monoloque - Batu Belah Batu Konkrit "

Bonda (asal usul kita) seperti sudah merajuk ..



Sekian  Wassalam ...

Nukilan ini ,
Inspirasi kepada dan daripada novel yang akan keluar tak lama lagi ... TOK GAJAH


~ NYSM epic ~