Sabtu, 2 Jun 2012

Kita Diperhati !!


Bila mata aku terpandang kepada CCTV di setiap premis yang aku masuki , fikiran aku mula bertanya.

Sedar tak anda bahawa kita sentiasa diperhati di dalam dunia serba canggih hari ini?? Suatu ciptaan hebat manusia yang diberi nama IT yang menggabungkan Sains , Teknologi , Komunikasi dan Falsafah kedalam suatu sistem yang membantu kita menjalani hidup dengan begitu mudah , namun ia juga mempunyai kesan - kesan sampingannya yang tersendiri .. .

Dalam kita sedang melayari internet ini sekarang , kita sedang diperhati oleh mungkin kawan kita , musuh kita , pihak berkuasa , kerajaan , jabatan perisikan antarabangsa dan sesiapa sahaja yang mempunyai kepentingan . . .

Setiap teknologi yang kita gunakan hari ini , dari dalam rumah kita Telefon , television , Siaran TV berbayar , Internet , Kad kredit sehinggalah rekod barang keperluan dapur yang kita beli dari pasaraya pun, semuanya mempunyai sistem jaringan yang sangat unik untuk membolehkan mereka berhubung dan menghantar data maklumat dan isyarat kepada satu sama lain..

Melangkah sahaja kita keluar rumah , kita juga akan diperhati melalui satelit yang boleh mengesan secara GPS yang dipancarkan dari cip yang telah dipasangkan didalam peralatan elektronik kenderaan yang sedang kita naiki. Ataupun jika kenderan kita adalah jenis kenderaan lama atau " kuno ", mereka boleh juga mengesan kita melalui pancaran kamera satelit berkuasa paling tinggi yang memantau segala pergerakan di segenap muka bumi ini .

Inilah teknologi ciptaan manusia sekarang yang dimonopoli oleh kuasa kuasa besar yang sedang menguasai dunia ...


Namun cuba kita fikirkan sejenak , jika manusia yang begitu banyak kelemahannya ini mampu mencipta benda sebegini , apatah lagi Tuhan yang mencipta segala manusia , yang mencipta segala kelengkapan yang kita cipta ini , yang mencipta dunia dan alam di sekeliling lingkungan galaksi ... 


Sudah tentulah DIA mempunyai kelengkapan yang maha canggih yang dapat memerhati dan memantau manusia dan segala - segalanya dalam keadaan yang tiada batas .. Infiniti ...


Jadi , kemana kita mahu lari ? 




~ NYSM epic ~

:: TANJAK ::




Tanjak atau Tengkolok adalah suatu lambang kebesaran dan kepahlawanan , pakaian rasmi dan juga pakaian harian ataupun pakaian asal manusia penduduk di kepulauan Melayu , sebelum kedatangan " design - design " dari seluruh pelusok dunia Timur Barat Utara dan Selatan ...

Tanjak dan kelengkapannya yang lain seperti keris dan sebagainya bukan hanya sebagai pakaian penghias luaran , malah lebih kepada jatidiri serta sifat bangsa itu sendiri iaitu Taat tapi pantang dicabar , Setia , Jujur , Baik Hati , Pemalu , Bersopan Santun (Cakap berlapik dan berkias) , amanah , sabar dan berkarisma . Semua sifat - sifat itu merujuk kepada  perkara yang baik - baik dan positif. Dengan kedatangan Islam di Tanah Melayu menjadikan nilai - nilai itu bertambah kuat dan sebati bila digabungkan ...

Mutakhir ini , kita melihat nilai - nilai yang ada ini semakin terhakis malah kelihatan seperti mahu pupus ... Orang kita kelihatan seperti " Manusia Rakus " , musuh dalam selimut , bermuka -muka , cakap berbelit , Fitnah , tudohan Liar , kata - kata kasar dan makian , sudah tiada sopan , santun dan silu sudah hilang malah makin menuju alam kepupusan ...

Kerisauan ini bertambah bila perkara -perkara jelik , busuk , keji , kejam , berperikebinatangan mula mengambil tempat di hati orang - orang kita malah mula berleluasa seperti suatu yang biasa malah lebih menjelikkan lagi , ia sudah dianggap biasa umpama " Hiburan Harian " yang diperlukan untuk tatapan ...

Tujuan hidup tanpa disedari sudah berubah ... Hormat menghormati kepada yang lebih tua (ini adalah seperti " signature " rasmi org kita) seperti sudah menjadi benda "Kliche" dan ketinggalan Zaman ... Ikatan adik beradik . saudara mara , anak beranak seperti sudah menyusut nilainya dan kadang - kadang cuma tertulis di Kad Pengenalan atau Pejabat Pendaftaran .. Tapi hakikatnya mereka Menikam sesama sendiri dari belakang , rusuk kiri dan kanan malah juga terang - terangan dari hadapan mata ...

Apalah yang hendak jadi dengan " Orang Kita " .. Semangat " Tanjak " ini juga sudah hampir pupus dengan pupusnya nilai - nilai suci dan murni yang dibawa dari zaman kegemilangan dulu ... Ia cuma dipakai sekali sekala, malah mungkin sekali dlm seumur hidup pada hari perkahwinan ataupun dimajlis majlis rasmi kerajaan .. Apalah guna jika ia hanya gah menjadi hiasan di luar tapi di hati Busok umpama Pekong yang merebak ...

Mungkin rintihan itu boleh dilihat dari video ini : " Monoloque - Batu Belah Batu Konkrit "

Bonda (asal usul kita) seperti sudah merajuk ..



Sekian  Wassalam ...

Nukilan ini ,
Inspirasi kepada dan daripada novel yang akan keluar tak lama lagi ... TOK GAJAH


~ NYSM epic ~








The Real SuperHERO



Sekarang ni aku selalu terpikir kenapa filem superhero , kemusnahan serta penyelamat dunia semakin banyak dan semakin canggih tahap terasa macam betul2 nak musnah ...

Dan aku terpikir lagi bila sebut perkataan superhero,  imej - imej ' superhero ciptaan ' inilah yang pertama sekali tergambar di "mentol" fikiran aku .. Superman , Batman , Spider man dan beratus - ratus man lagi termasuk yg dicipta oleh kita sendiri pun ada .. Semuanya memang " terer gila ", dan pada aku benda ni tak salah dan sangat menghiburkan ...

Cuma bila aku terpikir lagi , benda ni sebenarnya tak wujud , tapi kita termasuk aku dan berjuta kanak - kanak di dunia ni rasa macam ikon - ikon itu memang benar -benar wujud ... Cuma tak pernah jumpa je ...

Bila dipikirkan dgn lebih mendalam lagi , ingatan aku mula meneroka dan menjelajah kepada kisah - kisah " Mukjizat " nabi nabi dan rasul - rasul kita , yang telah aku dengar dan belajar sejak dari kecil , sekolah rendah , menengah hinggalah ke sekarang ... Bermacam - macam cerita " keajaiban " yang berlaku kepada baginda - baginda ini yang dianugerahkan oleh Sang Pencipta yang maha Esa kepada mereka. Dan sebenarnya mereka inilah ' The Real SuperHERO ' sepanjang zaman di dalam dunia dan seluruh cakerawala ini ... Ia cuma untuk manusia terpilih sahaja dan bukan senang - senang sahaja berlaku setiap hari ...

Rasa- rasanya semua dari kita (yang muslim) pernah mendengar dan belajar tentang kisah - kisah hebat ini .. Macam - macam kisah ada dari kisah Nabi Musa membelah Laut dan boleh berjalan diatasnya seperti ada highway , Nabi Ibrahim yg dibakar tapi tak ada kesan apa2 , nabi Yunus yg ditelan ikan paus tapi boleh keluar balik dgn selamat , nabi Sulaiman boleh bercakap dan menjadi Raja kpd segala jenis binatang dan juga Jin ... huhh banyak lagi sebenarnya ...

Cuma yang paling aku kagum sekali ialah tentang kisah Rasul kita Muhammad yang telah naik kelangit tertinggi bertemu Tuhan menggunakan sejenis tunggangan bernama Buraq' , dan juga kisah baginda membelah Bulan sehingga berpecah terbahagi dua ,  dengan hanya menudingkan jari telunjuknya sahaja ke arah bulan itu .. 


Pehhh! Dialah yang sebenarnya " The ONE " ... Bukan yang banyak dalam filem sekarang . .

Pernah juga aku terbaca artikel - artikel dimana angkasawan yg pernah pergi kebulan mahupun imej2 dari satelit ada menunjukkan kesan2  Geologi batuan2 di bulan yang membuktikan ia pernah terbelah keseluruhannya dan berpecah/terpisah kepada dua bahagian ... Benda ni sebenarnya bunyi maca "Fiksyen" , tapi ia telah tertulis dalam Kitab suci sejak berkurun lamanya ...

Juga artikel tentang Saintis Perancis, Itali ataupun Spain aku dah lupa yg masuk Islam setelah membuat kajian autopsi kepada Mummia Firaun yg ditemui sejak tahun 1800an dulu ... apa yg membuatkan dia tiada keraguan lagi ialah telah tertulis dlm kitab suci Quran semasa zaman Muhammad setelah berapa kurun selepas Musa , tapi tiada dlm kitab yg sebelumnya bahawa Tuhan akan menjadikan tubuh Firaun itu awet dan tahan lama sampai bila2 untuk menjadi petunjuk kpd manusia  .. Memang jelas ia bukan kerja manusia biasa dan bukan terjadi secara kebetulan ...

Aahhh! panjang pula cerita aku kali ni .. Tapi aku rasa " ironi " kenapa kisah - kisah ini yg kita percaya dan tahu , tapi tidak membuatkan kita berasa kagum atau menggetar jiwa .. Malah bila ditanya atau disuruh untuk bercerita semula tentang kisah2 itu, membuatkan kita tergagap - gagap dan merenung jauh ke hadapan tetapi kosong ... 

Mungkin jawapannya berada di perenggan pertama yang tertera di atas ...


Sekian, Wassalam ...


~ NY ~









:: PAKEJ ::


Hari ini aku belajar sesuatu daripada sebuah Rancangan TV , sebenarnya ketua juri rancangan tersebut juga menyatakan dia juga telah mendapat pelajaran dan kesimpulan yang sama daripada apa yang berlaku sepanjang rancangan itu bermula dari siri pertama hinggalah ke peringkat pertarungan terakhirnya malam ini ....


Ianya berbunyi begini : 


" Walau berapa hebat , unik dan tingginya idea dengan skil yang hebat dalam persembahan yang dihasilkan , ia masih belum cukup ataupun betul - betul lengkap dan jitu untuk menjadi yang terbaik dan dapat menambat hati semua pihak. 


Ada perkara yang lebih penting yang perlu diterapkan selain dari ciri-ciri wajib seperti di atas, untuk menjadikan kita " terbaik antara yang terbaik ". Ia adalah pakej. Pakej di sini bukan lah bermaksud kecantikan atau kekacakan wajah dan paras rupa. 


Namun ia menjangkau kepada perkara lebih menyeluruh iaitu  Kerjasama (Teamwork) , Sangat Berani Mencuba ( No Fear) , Kerja Keras (All Out) dan yang paling penting di antara yang terpenting adalah " Kesungguhan dan minat yang jitu (Passionate) dan Keyakinan Diri yang Maksimum (Self Confident) " dan akhir sekali Kesabaran (tiada istilah putus asa).


Itulah yang membezakan sang Juara dan yang Kedua Terbaik ... 




~ NYSM epic ~