Isnin, 30 April 2012

B.A.C.A. : " DoughNut " Warisan Tradisi (Free Flow Part)



" ... Ia seperti satu teka teki .. Kueh apakah yang isinya di tepi , kosong di tengah ... Salam agak terkejut membaca berita yang ditulis dalam ruangan Edisi Khas akhbar Warta Kota hari ini.  Memang tak pernah dia menyangka bahawa tulisan berita hangat di ruangan itu akan menyentuh tentang suatu teka teki berkenaan dengan kueh!! ..."


"... Tiba - tiba ' radar ' fikirannya berhenti dan menangkap suatu imej di dalam memorinya yang baru dimuat turun. " Kueh Peneram!! nama lain Kueh Telinga !! Yess!! " Jerit Salam seperti sudah berjaya menghurai suatu  persoalan dalam permainan ' jigsaw puzzle '. .."


" yaa... kueh Peneram inilah yang menjadi kegemaran dan sentiasa dibeli Sephia dari gerai kerepek, keropok dan kueh traditional berhampiran dengan perhentian bas di hadapan apartment yang dihuni oleh gadis manis itu.... Semanis ' Peneram' ..." Memori Salam melakukan pengesahan data. 


Sejurus itu juga Salam meluru ke pintu rumahnya dan terus berlari keluar menghala ke arah keretanya, dengan satu tujuan untuk pergi ke gerai Makcik yang menjual kueh Peneram bersebelahan perhentian bas itu .....


** Bersambung di dalam naskhah novel yang akan terbit di pasaran tak lama lagi .... Nantikannya




(Background music: Biso Bonar)- http://www.youtube.com/watch?v=zD-hf_yUQtU


Salam - Sephia

B.A.C.A.


NYSM  ® all rights reserved

Sabtu, 28 April 2012

Kala Jengking





Bila sebut German (tempat perlawanan akhir satu pertandingan bolasepak), aku teringat kepada satu kumpulan muzik Rock yang berasal dari negara itu yang sangat Gah pada suatu masa dulu ... Lebih tepat lagi waktu zaman aku baru melangkah ke alam remaja ..

Zaman perubahan rambut sodok belah tepi kepada belah tengah, zaman sikat rambut kaler oren wajib diletak dalam poket belakang bersama saputangan "Key" corak bunga, zaman seluar jeans sendat kaki kecik poket tampal depan belakang .. Zaman Wallet Snoopy .. Zaman Kaset pasang guna Walkman, rewind guna ball pen Reynolds, Zaman Kasut Panda dan Warrior, Zaman baju Hawaii, zaman pakai minyak rambut keras Tancho ..

Pendekata , zaman tu adalah zaman kelahiran dan kegemilagan muzik dan gaya hidup Rock .. yg mana budak - budak kalau yang tak sealiran dengan trend ini akan dipanggil "Tak Rock" ,, Kumpulan kala jengking ni kira antara pelopor Rock Ballads antarabangsa yang pengaruhnya sangat kuat di seluruh dunia pada masa tu ... Lagu-lagunya adalah rujukan utama bagi kumpulan rock seluruh dunia termasuklah di Malaysia ...

Secara kebetulan malam tadi,  aku melayari internet sambil menyiapkan kerja - kerja aku yg belum selesai, aku singgah ke laman you tube dengan carian lagu Scorpions. Mula mula lagu "Send me an Angel", pehhh. lentok betull.. lama benar tak dengar!!! .. Layan habis .. lepas satu - satu, "still Loving You", Hurricane, Lagu bersiul "Wind of Change", "Holiday", Always Somewhere , "Rythm of Love"konsert akustik .... aAhhh ada banyak lagilah!! Aku pun dah lupa ... Mungkin kawan2 aku yang memperkenalkan aku dengan Kaset ni pd masa tu yang masih ingat kesemuanya ...

 Rupa -rupanya aku telah dibawa balik kezaman yg aku sebutkan di perenggan atas tadi ... Sedar -sedar je dekat nak pagi dah ... dan kerja aku pun dah siap ....

Background Music : (Wind of Change)
http://www.youtube.com/watch?v=5KcRl1p2waM

~NYSM~


Khamis, 26 April 2012

تريما كاسيه



لاڬو دري " اوي " ويڠس





تريما كاسيه سايڠ
كو اوچڤ ڤدمو
كران مڽمبوت تاڠنكو
يڠ همڤير لايو

باداي چينتا ملندا
مڠارح اروس
منجاديكن ڤنتاي
يڠ اينده
كين برچلارو

ماريله اوه سايڠكو
دكت ڤدكو
سايڠيله ديريكو اين
سأداڽ اكو
تق سڠڬوڤ لاڬي
مڽبوت كات ريندو
كامر هاتيكو يڠ سايو

فيكيرله سايڠ
فيكيرله سهاروسڽ
جاڠنله اڠكاو خيانتي
چينتا اين

ايستان يڠ كو بينا
مهليڬاي چينتا
منجادي لامبڠ
ڤڤوهونن ريدوڤ كاسيهكو



~ ن ي س م - ايڤيق ~

TOK GAJAH: Bahari dan Ikan Eksotik Las Vegas



" .... Setelah menghabiskan hampir tiga jam di dalam hutan tersebut cuba menjejaki kesan - kesan gajah yang selama ini telah membuatkan hidup Pak Leh sengsara , Bahari sempat meluangkan masa senggangnya sebelum pulang ke Lanchang dengan aktiviti memancing. Lokasi yang dipilihnya kelihatan sungguh strategik dan pasti mengujakan kaki - kaki pancing yang melihatnya ... "


" .. Apa tidaknya, lubuk tempat dia menghayunkan pancing dan jorannya itu terletak di sungai yang datangnya dari air terjun Lata Begus atau lebih dikenali oleh penduduk kampung sebagai air terjun Las Vegas. Lokasi air terjun ini terletak betul - betul di antara dua buah curam bukit yang mengunjur dari banjaran Titiwangsa sehinggalah sampai ke kampung itu ..."


" ... Airnya seolah - olah berwarna hijau gelap menyamai warna dedaun pepohon rimba yang menghiasi seluruh kawasan terpencil itu ... Tidak hairanlah, dengan sekali balingan menggunakan umpan cacing tanah, dia telah berjaya menaikkan seekor ikan Sebarau keemasan seberat 2 kilo setengah. Senyum Bahari sampai ke telinga ... ""Waaaahhh!!! Pasti lumayan hasil aku hari ni! Pehhhhhh!!! " Jerit Bahari sekuat hati, disusuli gema lantunan "echoe" suaranya tadi yang berulang - ulang hampir sepuluh kali ........ "


**Bersambung di dalam naskhah novel yang akan terbit di pasaran tak lama lagi. Nantikan!




Bahari


Tok Gajah


NYSM  ® all rights reserved

Rabu, 25 April 2012

Apa Macam?






The Earth is called The Blue Planet,


Who ever thinks he is The Reds, please go to Mars.

Who ever thinks he is The Red Devils, please Go TO HELL!

So...

Need to tell what to do with The Gunners?

Amboi Suka Hati Nampak!




Yessss!! Puass Hati aku!!! Tapi siapa yang passing bola kat aku tu ha??? Korang nampak tak???
Aku pun tak nampak ... Tau - tau aku dah dapat bola .....


~ NYSM ~

" Cakerawala Jauh " - INFINITI



" ...Ini adalah imej cakerawala baru yg ditemui oleh teleskop Jepun di Hawaii beberapa hari lalu ... Menurut kajian mereka Cakerawala ini jauhnya kira - kira 2.7 BILLION kelajuan Cahaya dari sistem Bumi kita  ....  2.7 Billion tuan -tuan dan puan -puan, 2.7 Billion!!!   Memikirkannya sahaja sudah membuatkan minda kita seperti mahu pecah !!! betapa jauh , besar , dan luasnya alam ciptaan Tuhan ini ... ianya INFINITI !! Tidak ada SEMPADAN !! ........


~ NYSM ~








" ... Ini pula adalah gambar  imej sebenar Planet Zuhal yang di ambil dari satelit ... Masa ni planet ni mengalami sejenis gerhana yang menyebabkan warna ungu terpancar. Inilah yang di panggil Majestik Keajaiban ciptaan Tuhan ... TIdak terbanding ... cuma dapat tengok je .... Kapal angkasa pun tak lepas nak pergi .... "



~ NYSM ~



Magis Tema Old School




" ... Walau semua berkata tidak, aku tetap berkata ya .... Dan hari ini ia adalah YA...."

" .... Segalanya berasa pelik terutamanya Tema 'Old School'  yang menjelma dari penampilan Chelsea pada pagi ini menentang Barca .. Jersi putih memang sesuatu yang rare, kena pulak dengan design ala - ala 80 an ... Tapi Sweater 'Old School salah seorang 'Chelsea Fan' ini lebih menarik ..  Baju Biru Hitam dengan Logo besar lama Singa Kuning dgn tulisan merah kelihatan sangat 'Retro'. dan 'catchy'.. "

" ... Tema 'Old School' ni seperti memberi suatu magis pada perlawanan malam ini .... MENANG walaupun ditimpa malapetaka besar!!! " Memang ia sesuatu yang pelik dan magis ... Tapi dalam dunia ni tidak ada yang mustahil ... Namun kemenangan bukan datang macam tu saja ... Tanpa usaha dan pengorbanan yang jitu mcm ni, jangan harap laaa ... "

." Aku rasa faktor yang sentiasa membawa Magis dan Keajaiban sejak Mat Teh O mengambil alih pucuk pimpinan pasukan ialah " The Fighting Spirit " dlm setiap individu ....."

**  Kepada "Pembenci - pembenci",  kemenangan2 ini mungkin menjadi pemandangan terburuk dan terhodoh bagi mereka ... kerana mereka mengharapkan pasukan2 perfect yg sentiasa menang 1000 perlawanan tanpa kalah, dan control game 100%,  yang berhak menang ... Jika semua piala dan perlawanan dimenangi oleh Pasukan "Perfect" ni , nak buat apa adakan pertandingan lagi???? Buang Masa je ...

Hidup juga begitu ... Sesuatu yang tidak dijangka sentiasa berlaku ... "Wheel of Life" Kau tidak sentiasa berada di atas ....


~ NYSM ~

Selasa, 24 April 2012

B.A.C.A. : Hitam dan Putih (Free Flow Part)






Walaupun secara luaran , kita tidak menghiraukan perbezaan warna kulit sama ada hitam atau putih, kita semuanya sama. Ciptaan Tuhan. 

Namun di pengakhirannya, hakikatnya kita hanya ada dua pilihan. Sama ada untuk menjadi 'Hitam' ataupun menjadi 'Putih'...

Benarlah kata-kata hikmat yang kudengar. Manusia itu semasa lahirnya, bak kain putih. Ibu dan bapanyalah yang menjadi pihak pertama bakal mencorakkannya dengan pelbagai warna. Dan dia sendiri akan memilih warna nya pabila sudah bersedia.

Namun di pengakhirannya, hakikatnya kita hanya ada dua pilihan. Sama ada untuk menjadi 'Hitam' ataupun menjadi 'Putih'...


**Bersambung di dalam naskhah novel yang akan terbit di pasaran tak lama lagi. Nantikan!


Salam


_______________________________________________________


B.A.C.A.
NYSM®
All Rights Reserved




Pengembaraan Singa Biru Bah 2




" .. Singa itu mengaum lagi! Kali ini lebih kuat dan garang !! Cahaya Biru yang terpancar dibelakang Lencana keramat itu bagaikan Sinaran Gamma (Gamma - Ray) yang sangat terang dan menyilaukan mata .... Adakah Lembu Jantan akan dibahamnya malam ini??? .. Hanya masa yang menentukan ... Lembu Jantan Gergasi itu juga punya kekurangan ..."


" .. Walaupun badannya persis Raksasa dengan Tanduk yang bisa membunuh segala  Matador, namun Kunci Hikmat yang berada di tangan Singa Biru itu adalah Kunci untuk Menundukkan Lembu Jantan Catalan itu ...  "


" Kunci sudah di Tangan .. Kau hanya perlu percayakan diri kau sendiri ..."




~ NYSM ~

Isnin, 23 April 2012

B.A.C.A. : Tragedi Dua Dimensi (Free Flow Part)



" Jantung Salam berdegup semakin kencang bila kakinya melangkah masuk ke dalam bahagian X-Ray dan ' CT ( Computerized axial tomography) - Scan ' di Hospital itu. Digagahkannya juga kakinya untuk masuk ke dalam pusat rawatan menghala ke bilik pembedahan. Matanya sempat meninjau - ninjau ke sekililing tempat itu. Agak sunyi. .."


" .. Daaammmmmmm!!!! bunyi hentaman  bas itu melangggar bahagian sisi kereta budak itu setelah cuba mengelak dan membrek susulan dari himpitan yang dibuat oleh kereta Salam tadi... Salam dengan pantas berlari menuju ke kereta yang telah remuk di bahagian pintu pemandu itu... " 




** Bersambung di dalam naskhah novel yang akan terbit di pasaran tak lama lagi .... Nantikannya


Salam - Sephia


B.A.C.A.


NYSM  ® all rights reserved

















Kapal Angkasa Makhluk Asing



" ... Dari luar padang - padang futsal itu kelihatan seperti sebuah kapal angkasa makhluk asing yang sedang mendarat di bumi dengan lampu limpahnya yang banyak dan menyilaukan mata ...." 


" Ishhh Mengarut betullah !! " Mungkin inilah pengaruh dan kesan yang besar daripada filem - filem barat yang melambakkan dan memomokkan kita dengan teori makhluk asing yang sebegitu rupa ... "


" ...  walau pun kononnya banyak bukti dah ditemui, aku masih tak percaya tentang kewujudan makhluk asing bermuka lonjong yang berteknologi canggih yang akan datang menakluk bumi .... "






~ NYSM epic ~

NB : NEW BALANCE





" ... " N untuk Nasik Lemak , B untuk Bihun ...." Makcik itu memberikan penjelasan yang jelas tentang tanda nama atau pun ' name tag ' pada bungkusan tersebut ...Dengan harapan Samad akan membeli salah satu daripadanya ataupun kedua - duanya sekali...."


" .. " Kalau Nasik Campur dengan bihun, dia jadi NB la makcik??? New Balance?? ..."


" ... Makcik itu merenung Samad dengan renungan yang dalam ... dan dahi berkerut ...."




~ NYSM epic ~

Perang dengan Alien muka lonjong





Mat Saleh ni tak habis2 buat cerita Perang dengan Alien muka lonjong ... dari dulu sampai sekarang ... Cuba laa buat cerita Perang dgn Nafsu ke Syaitan ker baru stailo, pehh!!

Cuma kali ni alien tu lain sikit, ada janggut! Kahkah! Tak pasti plk tu alien Muslim ke Non Muslim ...

Balik2 perang dgn alien yg dtg menakluk bumi pastu alien kalah sebab Amerika penyelamat bumi!! Aduuh... Hmmm Ini semua saiko ni ... Dia tak tau Boboiboy sebenarnya penyelamat! Menentang alien yg dtg menakluk bumi demi koko yg dicari - cari ....

Alien janggut tu sebenarnya metafore tuu ..  Yelah pak Arab n muslimkan trademark janggut!! So skrg US bagitau kat dunia, don't worry selagi US ada kita akn selamatkan bumi ini, bernaunglah dibawah kami, Polis Dunia ... Semua citer2 alien atau kemusnahan dunia mcm muvi 2012,transformers, mmg mesej dia mcm tu lah ...

Yg dia sebut Malaysia tu masalah jgk tuu .. Samada dia mmg respek M'sia ataupun dia ada Perancangan trsembunyi about M'sia ... Yg 2nd tu yg bahaya ...

Muvi mmg menarik! Giler tak menarik ... Modal berbilion2 tuu ... Tp yg tersirat dsebalik nye tu kena pikir jgk tuu ...


~ NYSM ~








Ahad, 22 April 2012

B.A.C.A. : Bertenang (Free Flow Part)



" ... Salam yang dihantui pelbagai kejadian aneh dalam hidupnya akhir - akhir ini, amat terganggu dengan keadaan itu ... Sesekali dia melakukan perkara - perkara yang kebiasaannya dilakukan oleh orang yang tidak waras ataupun dalam perkataan lain gila...Contohnya seperti bercakap dan gelak seorang diri, hilang fokus, bercakap lari topik serta menjadi pelupa ... "

" ... Namun begitu, mungkin disebabkan asas pegangan agamanya yang agak baik, dia masih berjaya mengekalkan kewarasannya itu dan mengambil pendekatan untuk bertenang dan rileks... Dia sehabis daya untuk tidak memikirkan tentang perkara - perkara ganjil, aneh dan menakutkan yang sentiasa mengekorinya ke mana sahaja dia pergi .. "

" ...Sekurang - kurangnya dia cuba mengadaptasikan perkara - perkara tersebut sebagai sebahagian dari kehidupannya yang normal. Dia kini banyak mendengar Lagu ' Other Side ' dari kumpulan Rock Inggeris ' Red Hot Chilli Peppers '..."
http://www.youtube.com/watch?v=_m7_xZN8D7M



** Bersambung di dalam naskhah novel yang akan terbit di pasaran tak lama lagi .... Nantikannya


Salam


B.A.C.A.


NYSM  ® all rights reserved



B.A.C.A. : Pertemuan Dua Lapis Realiti (Free Flow Part)


" ... Cuaca pagi itu sungguh indah sekali ... Langitnya cemerlang tak terkira ... Terasa seperti dalam gambaran lirik Dato' M.Nasir dalam lagu Satu Hari di Hari Raya. Salam melangkah keluar dari rumah sewanya menuju ke kedai mamak berhampiran dengan satu tujuan. Menjamah sarapan pagi. ... "


" ... Tanpa disangka - sangkanya, gadis yang pernah dilihatnya di ruangan Edisi Khas akhbar Warta Kota tiba - tiba muncul dari arah jalanraya menuju ke arah restoran mamak tersebut. Dalam masa yang sama juga Sephia yang tinggal di sekitar kawasan itu juga singgah di restoran itu untuk bersarapan .. Ini membuatkan Salam menjadi panik dan sangat gementar .. Pelbagai persoalan di dalam kepalanya yang masih tidak terjawab semakin menghantuinya ... "


** Bersambung di dalam naskhah novel yang akan terbit di pasaran tak lama lagi .... Nantikannya


Rihanna


B.A.C.A.


NYSM  ® all rights reserved

B.A.C.A. : Kopitiam dan Deja Vu (Free Flow Part)




" .. Kopi yang diminumnya pagi ini terasa begitu pekat sekali. Tidak pernah dia meminum kopi sepekat ini.. Paling pekat pun yang pernah diminumnya ialah 'neskepe' ais kauww yang selalu ' ditapaunya ' dari restoran mamak berhampiran rumah sewanya itu ..."

" .. Pagi ini dia sendiripun tak tahu kenapa dia boleh masuk ke kedai Kopitiam ini dan memesan ' Kopi Putih Ipoh Mali Kaww Punya ' ini. Ya, itulah nama kopi itu yang tertera di atas helaian Menu yang menghiasi setiap meja di restoran ala - ala Baba dan Nyoya itu .... "

"... Sebaik sahaja dia memalingkan mukanya dari menu itu, Salam merasakan seolah - olah dia berada di satu situasi di mana dia pernah mengalaminya sebelum ini. " Inikah yang dipanggil Deja Vu?" Getus hati Salam yang masih tidak memahami apa yang berlaku ....."




** Bersambung di dalam naskhah novel yang akan terbit di pasaran tak lama lagi .... Nantikannya

Salam


B.A.C.A.


NYSM  ® all rights reserved




B.A.C.A. : Salam seorang Istimewa (Free Flow Part)




" .... Ada sesuatu yg menghairankan dan berlegar legar dalam kotak fikiran Salam. Semenjak dia terbaca ruangan Edisi Khas yang ditulis oleh penulis misteri yang hanya menggunakan nama Ah Chai dan baru diterbitkan dlm akhbar Warta Kota itu, kehidupannya telah berubah sepenuhnya, 360 darjah ...."

"... Dia tidak memahami apakah perkara -perkara pelik yang terjadi pada dirinya ini satu petunjuk ataukah ianya hanya satu kebetulan ... Yang lebih membingungkannya ialah apakah kaitannya ruangan Edisi Khas akhbar Warta Kota itu dengan segala peristiwa yang berlaku dalam hidupnya sekarang ... "



** Bersambung di dalam naskhah novel yang akan terbit di pasaran tak lama lagi .... Nantikannya


Salam


B.A.C.A.


NYSM  ® all rights reserved



B.A.C.A. : Tragedi Bot Karam - Free Flow Part



".. Tiba - tiba kelihatan dua tubuh manusia bergerak - gerak di tolak air di celah - celah batuan dasar laut di hadapannya... "  Ya Allah ! Inilah Rihanna agaknya! .." Salam dengan pantas memberikan isyarat kepada Pakcik Mohsen dan anak buahnya. Dia menunjukkan isyarat dua jari menandakan dua mangsa telah ditemui. Sejurus itu juga, Pakcik Mohsen dan anak buahnya meluncur laju ke arah Salam dan mereka sama - sama mengeluarkan kedua - dua mangsa itu dari celah batu dan kemudian membawa mereka ke permukaan .."



** Bersambung di dalam naskhah novel yang akan terbit di pasaran tak lama lagi .... Nantikannya


Salam


B.A.C.A.


NYSM  ® all rights reserved





Sabtu, 21 April 2012

B.A.C.A - (Chapter 1 - Pagi Yang Psiko - Muka 4)


Sampai adegan Mak Nab keluar dari dapur dengan tangan penuh dengan bancuhan tepung goreng pisang, lamunan Salam terhenti. Mungkin imbasan ini tidak akan bersambung lagi.

“Assalamualaikum…”

“Hoh? Waalaikumsalam…” Salam bangun menuju ke pintu depan rumah sewanya. Namun tangannya sempat mencapai bungkusan ‘neskepe’ ais buat bekalan. Sambil berjalan ke pintu, Salam membuka ikatan 'neskepe' ais lalu memasukkan penyedut minuman. Mulutnya menyedut straw. Padu 'neskepe' ais menerjah kerongkong. Pintu rumah Salam dikuak perlahan.

Di hadapannya kini tercegat dua orang lelaki dalam lingkungan umur tiga puluhan. Seorang yang berperut bunct dan nampak tua sedikit memegang fail di tangan. Di sebelahnya lelaki yang kurus tinggi gaya seperti belum berumahtangga sedang menjinjing tangga lipat. Tangga lipat itu bersaiz rendah kerana mempunyai lima 'step' sahaja. Mungkin supaya ia mudah dimuatkan dalam but kereta.

Salam menyapa kedua lelaki tersebut,

“Ada apa ni encik?” Suaranya agak kurang jelas namun dapat difaham. Natijah melakukan perbuatan bercakap sambil menggigit straw.

Lela yang berperut bunct sedikit, menaikkan pinggang seluarnya.

“Kami wakil TNB. Nak tukar meter rumah encik ni.” Matanya sesekali mengerling ke arah bungkusan ‘neskepe’ ais di tangan Salam. Buah halkumnya berombak.

"Tukar meter? Saya tak tahu menahu pun?” Salam membalas.

Pemuda yang kurus tinggi sudah mula mendepakan tangga aluminium. Setelah tangga mantap berdiri, dia menggaru-garu kepala. Terhiling-hiling dua tiga kali terus dia keluar dari kawasan pagar rumah Salam.

“Kawasan ni semua memang nak kena tukar sekarang. Encik tak dapat memo ke? Baris rumah tepi padang tu dah habis dah kami buat” Terang lela berperut buncit seolah-olah Salam pula yang menjadi mandurnya. Seluarnya masih terlondeh. Riak gelisah wajahnya menampakkan seperti dia tergesa-gesa keluar dari rumah pagi tadi hingga terlupa memakai talipnggang. Pun begitu, matanya tetap melirik pada 'neskepe' ais.

“Ohhh! Kalau begitu encik nak tukar, tukarlaaa. Ni sebenarnya bukan rumah saya. Apa-apa hal nanti saya bagi tahu tuan rumahlah,” Salam membalas.

"Tapi api kita kena ‘off’ dulu sekejap..." Lelaki berperut buncit memberi taklimat mengenai modus operandi mereka.

Salam mengangguk tanda faham. Dia memulas tombol pintu rumah yang tadinya tertutup sendiri dengan tangan kiri. Tangan kanannya sedang sibuk bertugas menggantung tangkai plastik 'neskepe' ais.

Terkial-kial juga Salam memusing tombol pintu tersebut namun daun pintu tidak juga mahu terselak. Memandangan dia seorang pengguna tangan kanan, 'setting' fikirannya tidaklah bersedia sangat. Sama ada nak pulas ikut arah jam atau lawan jam.

B.A.C.A.: Bacalah Dengan Jelas - (Free Flow Part)



" .. Tiba tiba anak arnab yang rupanya seakan - akan menyerupai chipmunks itu berkata - kata padanya ... Salam amat terkejut dengan apa yang sedang berlaku betul -betul  ' secara langsung ' di hadapan matanya itu.. Biji matanya terbeliak seperti mahu terkeluar.  Suara binatang itu garau dengan tahap bass yang sangat tinggi. Ia agak tersasar dari jangkaan Salam selama ini. Jauh tersasar. 

" ... Norma kebiasaannya binatang secomel ini pastinya bersuara halus, manja dan keanak - anakan yang bisa mencairkan hati semua orang menjadi lembut dan penyayang. Tapi tidak pada hari ini, saat ini.. Suaranya seolah - olah persis seorang ' sifu ' yang memberikan amanat terakhir pada anak didik pewaris perguruannya. .. " 

" ... Suasana disekeliling Salam seolah -olah terhenti. Tiada satu pun bunyi yang kedengaran, Semua aktiviti yang berlaku disekelilingnya tadi telah hilang entah ke mana. Tiada satu pun pergerakan objek dapat dikesan, walaupun pergerakan angin. Telinganya seolah - olah dicucuk dan dihentam oleh suatu tekanan atmosfera yang amat tinggi ... "

" ... Kini ruang waktu dan tempat itu hanyalah di antara dia dan anak arnab itu sahaja... Anak arnab itu merenung tepat ke dalam mata Salam, sambil menggerak - gerakkan kepalanya...

 " Salaam ... " Itulah perkataan pertama yang terpacul keluar dari mulut dan ' gigi arnab ' anak arnab  itu. Salam terpaku ... 

" ... Tidak tahu apa yang harus dijawabnya ... seluruh badannya seolah - olah menggigil tidak bertenaga. Kesejukan,  namun peluh tak henti henti mengalir dari setiap rongga bulu roma Salam ... " Kau bagi salam kat aku ke, kau panggil nama aku? " Soal salam inginkan kepastian dari anak arnab itu ... " Aku panggil nama kaulah!! Kalau aku bagi salam, Assalamualaikum !! ... " Jawab anak arnab itu selamba ...  "

" ... Salam merasakan seolah - olah pernah mendengar perbualan ini sebelum ini dengan kawan baiknya Mat Jidin. " Engkau ni siapa sebenarnya???" salam memberanikan diri bertanya kepada binatang tersebut. Manalah tahu roh Mat Jidin telah menyerap masuk ke dalam badan comel si arnab cokelat ini... " Siapa aku tak penting ... Yang penting kau mesti BACA, kau mesti BACA .." Sambung anak arnab itu lagi ... " 


" .. Baca apa ?? " Tanya Salam Kehairanan.. " BACA-lah dengan jelas dan terang , agar kau faham dan sedar apa yang kau baca ... Fikirlah dengan fikiran yang tenang apa kewajiban kau ... " Begitu dalam makna yang tersirat dari jawapan anak arnab itu .. "

" ... Salam terdiam, terkedu. Mulutnya terkunci, tak mampu berkata apa - apa lagi.  Sejurus selepas itu, keadaan kembali kepada suasana normal. Bunyi deruman kenderaan kembali bergema, suara jeritan kanak - kanak bermain juga kedengaran. Angin petang kembali bertiup tenang. Anak arnab itu juga kembali bisu .... "


** Bersambung di dalam naskhah novel yang akan terbit di pasaran tak lama lagi .... Nantikannya

Salam


B.A.C.A.

NYSM  ® all rights reserved


B.A.C.A - (Chapter 1 - Pagi Yang Psiko - Muka 3)

Bila tengok kumpulan semut itu gugur di medan perjuangan, Salam teringatkan keluarganya di kampung. Wajah ibunya Mak Nab dan adik-adiknya Salim dan Salman silih berganti di fikiran.

“Abang kata janganlah makan kat sini. Bersepah nanti semut datang la..” Tegas Salam mewarisi kepimpinan arwah ayahnya, Encik Shuib.

Salim dan Salman tidak memandang langsung muka abang mereka. Mulut mereka sedang asyik mengunyah ketulan nugget ayam berbentuk hati sambil mata tepat ke arah skrin tivi. Kemudian mereka tertawa. Bukan kerana mengejek abang sulung mereka itu tetapi lebih kepada tidak tahan melihat betapa kelakarnya melihat mahluk asing itu jatuh berguling disepak Kamen Rider.

Dalam ketawa yang terbahak-bahak pada skala 3, tiba-tiba kaki Salim tersepak gelas sirap yang berada di sisi pinggan menemani.

“Praaaaaaaaaaaaaaaaaa!”


Salam kaget. Air tumpahan itu meluru ke arah buku lali bagaikan tsunami. Sekaligus membasahi hujung seluar jeannya yang carik di tumit.

“Aku dah kata!!!”


“”Pang!!!!”
Sebuah tamparan hinggap ke pipi Salim dengan begitu hebat tanpa ada kata-kata aluan.

“Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!” Salim berteriak sambil memegang pipi. Dia bingkas bangun meluru ke dapur dengan merengus. Dalam perjalanan ke dapur, habis juga bunga plastik, kotak tisu serta ubat-ubatan "Dairek Selling" Mak Nab dilemparkan ke lantai. Salim mengamuk. Jenis panas baran mengalahkan ahli parlimen bersidang.

Salman yang baru berusia tujuh tahun memerhatikan sahaja gelagat kedua orang abangnya sambil mencicah nugget terakhir ke pinggan sos. Selesai menyuap, dia mengesat kesan minyak di tangan ke baju. Dia memeluk lutut. Sambung melihat makhluk asing dibelah.

Khamis, 19 April 2012

B.A.C.A – (Chapter 1 – Pagi Yang Psiko - Muka 2)

Salam kembali tenang setelah mengetahui punca kipasnya mati. Mengampu meja, dia bangkit lalu menguis bangku plastik dengan paha. Tangannya segera memetik suis tiga pin di tiang. Maka segeralah kipasnya berputar.

“Trrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!” Kipas eletrik bersuara. Lambang ia semakin dimamah usia.

Salam kembali duduk. Mood pembacaannya tergendala seketika. Untuk memulihkan keadaan, Salam menghabiskan kerja yang sepatutnya didahulukan pagi ini iaitu bersarapan.

Dia meleraikan tangkai plastik yang memang sengaja disimpul bentuk riben supaya mudah dibuka. Dengan sekali tarik punca ikatan, bergolek terkulai bungkusan ‘neskepe’ ais yang diikat mati. Peluh ais mula membasahi meja. Hampir-hampir terkena surat habar yang dibacanya tadi. Cepat-cepat pula Salam mengalihkan surat khabar Warta Kota.

Meja itu harus diberi ruang dan peluang yang luas untuk Salam mula menghadap makanan.

Ketika dia baru mula hendak membuka bungkusan nasik lemak, dia ternampak akan sesuatu. Hatinya mula dihimpit rasa amarah. Akhbar kosmopolitan yang tadinya diletakkan di penjuru meja, diambil semula. Cepat-cepat dia menggulung dan menghentam sesuatu di atas meja.

“Tar! Tar! Tar!” Meletup-letup bunyi pukulan. Memberikan impak memecah keheningan pagi yang syahdu.

Hati Salam bergetus, “Aku baru letak sekejap, kau dah hurung…”

Menyambung geram, Salam memberi hempukan terakhir.

“TARRRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!”

Habis penyek sekumpulan makhluk kerdil itu dibelasah Salam.

Semut-semut itu melekat di muka meja dalam keadaan yang menyayat hati. Sebahagian daripadanya berkaki ke atas dan menggigil-gigil. Ketika inilah mula hadir penyesalan di sanubari.

Sayu. Pilu. Sadis. Kejam.

Dan entah dari mana, datang satu suara yang membisik ke telinga Salam.

“Kau Pembunuh Salam! Kau pembunuh! Pembunuh akan masuk neraka! Neraka! Neraka!!!...”

Rabu, 18 April 2012

B.A.C.A – (Chapter 1 – Pagi Yang Psiko - Muka 1)


Salam hulurkan jari telunjuk ke dalam lubang tengah bangku plastik merah. Setelah yakin dengan kekuatan lelaki yang dia ada, Salam membengkokkan jari lalu mencangkuk kerusi setinggi dua kaki itu

Dia beralih ke sudut meja yang paling hampir dengan kipas kaki. Kipas kaki elektrik itu kelihatan sangat buatan Malaysia kerana ia berwarna ‘merun’. Bungkusan nasi lemak dan ‘neskepe’ ais diletakkan di atas meja makan rumah solonya itu. Begitu juga kunci motor. Kunci motornya ber’key-chain’kan rantai halus yang putus.

Perlahan-lahan dengan tangan kanan yang kosong, Salam mencapai akhbar yang elok berlipat dua dari celah kepitan lengannya. Serta merta ketiak kirinya melepaskan kepitan sebagai tanda ketiak yang bekerjasama.

Ruap air yang terbit dari plastik ‘neskepe’ ais mula membasahi kertas pembalut nasi lemak. Salam tidak menghiraukan. Matanya lebih tertancap pada muka depan Warta Kota yang dibelinya tadi. Sedang matanya ralit membaca, tangannya menggagau meraba suis kipas kaki. Yakin yang itu adalah butang kipas nombor tiga, Salam menekan.

“Tap!” Kipas tidak berfungsi.

Barulah kini Salam sedar yang dia tidak memberikan perhatian penuh kepada kipas. Belaian matanya kini mula beralih kasih. Daripada muka hadapan surat khabar kepada kipas elektrik.




*bersambung...

Selasa, 10 April 2012

TOK GAJAH: Dendam Leman






" ..... Semakin hari Leman semakin tertekan dengan apa yang berlaku. Semakin lama semakin banyak dan berat kemarahannya yang dipendam dan disimpan di lubuk hatinya itu. Dari raut wajahnya sudah tergambar betapa hebatnya kemarahan yang dipendamnya. Anak matanya begitu tajam bila merenung sesuatu. 


" ...Reaksinya kepada sesuatu perkara yang tidak betul kadangkala begitu ekstrim dan agresif. Pantang ada sesuatu yang tak kena, dia pasti mengamuk. Segala kemarahannya kini semakin tertumpu kepada seorang yang sangat berpengaruh di kampungnya itu. Orang itu adalah Pak Talib ...."



** Bersambung di dalam naskhah novel yang akan terbit di pasaran tak lama lagi .... Nantikannya


Leman


Tok Gajah


NYSM  ® all rights reserved



TOK GAJAH: Leman - Cahaya Keinsafan




". .... Pertemuannya dengan Atikah Husna semakin menjadikan semangatnya untuk membalas jasa Pak Leh semakin berkobar – kobar. Tidak pernah terbayang olehnya ada seorang manusia yang sanggup menjadikannya sebagai anak, setelah segala perbuatan jahat yang dilakukannya sebelum ini. Masih terngiang kata – kata Atikah Husna kepadanya tadi. Memang benar, dia perlu menghormati orang tua itu sepertimana apa yang sepatutnya dibuat kerana orang tua itulah yang berhak dan seharusnya menerima segala penghormatan. ..... "


** Bersambung di dalam naskhah novel yang akan terbit di pasaran tak lama lagi .... Nantikannya



Leman


Tok Gajah


NYSM  ® all rights reserved



TOK GAJAH: Leman Tertangkap




“..... Macamana Pak Talib?? Kita bawak je semua beruk ni ke balai!!” Cadang Pak Akob tegas. “Haa memang aku setuju sangat!! Binatang – binatang ni semua bukan boleh lepas bebas macam ni!! Mereka ni semua kena duduk dalam kandang Penjara tu!! Baru puas hati aku!!” Memang inilah yang dinanti – nantikan Pak Talib selama ini. Iaitu untuk menangkap petualang – petualang  yang dah banyak menyusahkan penduduk kampong selama ini ..... "

** Bersambung di dalam naskhah novel yang akan terbit di pasaran tak lama lagi .... Nantikannya



Leman


Tok Gajah


NYSM  ® all rights reserved

TOK GAJAH: Dunia Hitam Leman





" ... Tergambar di kotak fikirannya segala kejadian yang telah berlaku dalam hidupnya semenjak dari zaman kanak – kanak lagi. Tidak ada satu pun yang berkaitan dengan kebaikan. Segalanya berkisar tentang kesusahan, penderitaan, keganasan, jenayah dan penipuan. Masih segar di ingatannya, bagaimana ayahnya telah ditangkap polis atas kesalahan mengedar dadah ..... "

** Bersambung di dalam naskhah novel yang akan terbit di pasaran tak lama lagi .... Nantikannya
 Leman


Tok Gajah


NYSM  ® all rights reserved



Isnin, 9 April 2012

BUJAL dan AGEBU


Bujal” yang mengisahkan kehidupan harian kanak-kanak dalam suasana kampung, mempunyai unsur pengajaran atau pendidikan menerusi karakter-karakter yang ada seperti Dogol, Raju, Wak Segan, dan Cikgu Markonah. Selain siri kartun, majalah ini juga memuatkan ruangan Mari Berpantun, AGEBU (Aku Geng Bujal), dan cerpen. Malah ia menjadi majalah untuk golongan kanak-kanak belajar bahasa Inggeris melalui ruangan “Story Time” di samping menulis jawi kerana memuatkan artikel atau cerita bertulisan Jawi.

TOK GAJAH: Cinema - Kulit




" ... Setiap pergerakan watak patung yang dicipta dan disesuaikan mengikut jalan ceritanya juga perlu bertepatan dengan skala – skala tertentu. Tiada siapa juga yang dapat menafikan bahawa teknologi sinema ataupun panggung wayang masa kini mungkin juga dicetuskan atau mempunyai perkaitan dengan  permainan traditional Melayu ini .... "


** Bersambung di dalam naskhah novel yang akan terbit di pasaran tak lama lagi .... Nantikannya


Atikah Husna

Tok Gajah


NYSM  ® all rights reserved


TOK GAJAH: Wau vs Jet




" ....  Pernah ada cerita rakyat yang mengatakan yang wau bulan ini memang pernah sampai ke bulan.  Tiada siapa yang dapat mengesahkan cerita itu sehingga sekarang.

Terfikir di benak Atikah mungkin dari teori ini jugalah maka tercetusnya idea penciptaan kapal terbang  dan jet pejuang canggih yang di pelopori oleh Amerika dan sekutu – sekutu kuatnya. ..." ...Ironinya, sehingga ke hari ini, tiada siapa yang dapat membuktikan secara total yang Amerika dan sekutunya itu memang benar – benar telah mendarat di bulan seperti yang digembar – gemburkan kepada dunia. ... "

** Bersambung di dalam naskhah novel yang akan terbit di pasaran tak lama lagi .... Nantikannya


Atikah Husna

Tok Gajah


NYSM  ® all rights reserved





Sabtu, 7 April 2012

Pengembaraan Singa Biru Bah 1 - NYSM





‎" ... Singa biru yang memegang kunci gergasi itu menoleh ke belakang ... Ngaumannya menggegar bumi .. Lidahnya terjelir merah . Lalu 'bunga raya' dan bola "old school" di kiri dan kanannya menjadi merah ... " 


"Pengembaraan Singa Biru Bah 1 - NYSM"

Selasa, 3 April 2012

TOK GAJAH: Monologue Pak Leh



" .... Malam itu Pak Leh tidak boleh tidur memikirkan kejadian yang berlaku antara dia, Bahari dan gajah – gajah liar siang tadi. Bayangan dan imej – imej yang dilihat oleh Bahari semasa dia pengsan amat mengganggu fikiran Pak Leh.  Berbagai andaian dibuat oleh Pak Leh berkenaan dengan mesej daripada mimpi itu ..... "


** Bersambung di dalam naskhah novel yang akan terbit di pasaran tak lama lagi .... Nantikannya


Pak Leh


Tok Gajah

NYSM  ® all rights reserved

TOK GAJAH: Atikah Husna



" .... Di sebalik keindahan yang disaksikannya itu, dia dapat merasakan seperti ada seribu misteri yang tersimpan di kampung yang bakal dijekakinya  tak lama lagi. "Apakah aku akan bertemu apa yang aku cari , atau adakah misteri ini akan terus membelunggu aku??" Dia masih tidak pasti apa yang bakal dihadapinya. Hanya yang bermain - main di fikirannya untuk melihat sendiri pusara di mana ayahnya di semadikan ..... "

** Bersambung di dalam naskhah novel yang akan terbit di pasaran tak lama lagi .... Nantikannya

Atikah Husna

Tok Gajah

NYSM  ® all rights reserved

TOK GAJAH: Pak Leh dan Ikan Patin




" ....Pak Leh tersenyum sendirian sejak dari tadi , sambil memecut laju di atas motor Honda C60  kepunyaannya itu . Ternyata tangkapan ikannya hari ini agak banyak daripada biasa. ikan Patin, Sebarau dan beberapa ekor lagi ikan- ikan kecil hampir memenuhkan tong ikan “hikmatnya” itu yang tidaklah seberapa besar ...... "

** Bersambung di dalam naskhah novel yang akan terbit di pasaran tak lama lagi .... Nantikannya

Patin


Tok Gajah

NYSM  ® all rights reserved