Ahad, 3 Jun 2012

:: SAMBAL ::




Ada orang kata , kalau takde sambal dia tak boleh makan ... Mmmm kalau dah tak boleh makan maknanya dia  dah tak boleh hidup ... Ishhhh ... Aku pun macam tu jugak. Mesti nak ada sambal ... Tapi takdelah sampai tak boleh hidup kalau takde benda yang boleh buat mulut dan lidah kau rasa panas macam nak terbakar ni ... 


Yang hebat tentang sambal ni , lagi dia pedas dan membakar lidah kita , lagi kita sedap nak menyuap nasi dan ulam - ulam yang merupakan musuh ketat atau " lawan " utama kepada sambal ini ... Sambal ada banyak jenis , ada sambal belacan , sambal tempoyak , sambal ikan bilis , sambal hitam (orang Pahang) , sambal cincalok (orang Melaka) , sambal budu (orang Kelantan) , sambal ayam penyet (orang Seberang) , sambal cili dan garam (orang simple) dan bermacam - macam lagi ...


Sebenarnya , aku bukanlah nak buat blog pasal Resepi Masakan , ataupun Jalan Jalan Cari Makan , tapi sebenarnya " Sambal " ini adalah Simbolik kepada kehidupan kita sehari - hari ... Kehidupan kita orang Melayu ...


Pernah dengar orang kata , aku kalau tak mengutuk atau bercerita dan mengumpat ataupun memfitnah pasal orang lain satu hari tak sah .. Bersembang kalau takde benda benda macam tu tak sah , tak best dan tak layan sembang .. 


Lagi pedas apa yang kita kutuk atau umpatkan lagi seronok dan puas kita rasa. Sama dengan apa yang kita rasa semasa makan "Sambal".


Tapi sambal ni kalau dah terlebih sangat makan akan membuatkan mulut kita betul - betul rasa terbakar sampai kita tak tahan dan dah tak selera nak makan nasik lagi. kemudian kesan sampingan yang akan berlaku tak berapa lama lepas tu ialah berlari dengan laju ke Tandas. 


Begitulah juga kesannya dengan mengumpat ataupun mengata yang kalau dah terlebih sangat , kita akan menerima padah yang sama ataupun lebih lagi , tapi dalam bentuk yang berbeza ...


Aku harap tulisan aku ni tak lah " Pedas " sangat ...




~ NYSM epic ~