Jumaat, 1 Jun 2012

Jauhari dan Manikam


Suatu kejadian atau ciptaan yang berharga itu hanya dapat di kenal dan dihargai oleh seorang yang pakar dan berilmu atau lebih dikenali sebagai "Jauhari" dalam bidang - bidangnya yang tertentu ...

Hanya Jauhari inilah yang dapat mengenalpasti di antara  batu - batu pantai yang hitam dan putih itu , ada sejenis batu berharga yang indah dan bergemerlapan yang dipanggil Manikam ...

Jadilah engkau Jauhari itu yang boleh mengenali mana yang berharga mana yang palsu. Janganlah engkau menjadi manusia yang dikaburi dan dibutai mata dan hati hingga tidak dapat melihat kebenaran dan keindahan. Hingga Benar kau kata Salah dan Salah kau kata Benar ...

Benda - benda duniawi inilah yang membutakan mata dan hatimu itu ... Hingga kau sanggup menjadi hamba kepada keduniaan , keseronokan , nama , pangkat dan harta .. Hingga lupa hakikat sebenar kejadian ..

" Ya Insan yang Hadir, Dengarlah semua , Kuisytiharkan dengan hati terbuka ,  Ya insan yang daif , Insaflah semua, Manikam yang disangkakan bukan yang asli .. Hanya seiras dan serupa ..Ya Insan yang hagas, awaslah semua , Maya yang Indah ada kudisnya , jangan terpedaya, angin yang membawa berita , pancaindera yang memang lemah , mudah terkeliru ...." - Petikan dari Lagu Insan dan Manikam dari M.Nasir



Semoga Kita menjadi JAUHARI itu ...

~ NYSM epic ~


" Pencerminan " Bijak



" Pencerminan " Bijak atau dalam bahasa Inggerisnya ' Smart Mirroring ' adalah salah satu kaedah atau alat dalam proses seseorang atau sekumpulan orang untuk melahirkan suatu yang dinamakan INOVASI..

Kaedah ini banyak digunakan oleh syarikat - syarikat gergasi yang mengeluarkan produk - produk terhebat mutakhir ini.

Cara nya agak mudah : iaitu mengambil inspirasi dan ilham atau idea daripada produk atau benda hebat yang sedia ada, kemudian mengolahnya mengikut citarasa  dan falsafah tersendiri sehingga ia menjadi sesuatu yang baru dan mencabar tanpa ada persamaan dengan subjek asal.

Apa yang penting ialah untuk menjadikan subjek ciptaan baru ini mempunyai nilai tambah atau faedah berganda kepada pihak - pihak yang berkaitan. Di sinilah KREATIVITI , ILMU , KEMAHIRAN dan PENGALAMAN memainkan peranan yang sangat besar.

Itulah yang sedang kami buat di sini ... NYSM Epic TOK GAJAH ... Diinspirasikan dari satu naskhah hebat yang keluar dari kotak fikiran manusia biasa. Dari situ ia membentuk dan menjadi dasar acuan yang didalamnya dimasukkan pelbagai bahan bahan dan perencah yang asli dan segar , sehinggalah terlahirlah suatu naskhah baru yang sangat tidak dijangka dan dikagumi ...

Mungkin penerangan diatas agak sukar difahami dengan selapis fikir.

Apa kata anda lihat kepad Gambar Di atas .

Mungkin mesej utama yang diceritakan tadi nampak jelas dari situ.

Selamat Mencuba.

~ NYSM epic ~