Selasa, 24 Julai 2012

Tengok Je Dah Tahu



Bila kita dah sampai kepada satu tahap dalam kemahiran menguasai ilmu atau bidang tertentu, suatu fenomena magis atau keajaiban semulajadi akan berlaku iaitu :


" Tengok Je Dah Tahu "

Cuma jangan sesekali menyalahgunakan kebolehan luarbiasa ini, kerana kesannya membawa kepada kemusnahan ...


NYSM epic



Aku dan Insan Lemah


Selama ini, bila kelihatan kelibat peminta sedekah atau pengutip derma datang menghampiri, seringkali pandangan negatif lah yang akan menguasai fikiran ..."  mungkin mereka hanya menipu, ataupun sengaja cuba mengambil kesempatan atas kesenangan aku ... ataupun aku lebih memerlukan harta ini .." Itulah alasan yang sering digunakan untuk aku mengambil keputusan untuk tidak melayan permintaan mereka...


Maka berlalulah mereka pergi dengan patah hati ...


Namun aku lupa :
Rezki yang aku dapat ini datangnya dari Tuhan. Dan Tuhan telah menetapkan dari rezki itu, bahagian - bahagian  untuk mereka yang lebih memerlukan .. iaitu insan  - insan yang dalam kesusahan dan sangat daif.. Mereka yang tiada tempat bergantungan lagi ...


Aku juga lupa :
Tuhan telah berjanji untuk menggantikan apa yang kita berikan itu dengan ganjaran yang berganda ganda lebihnya, di dunia sini lagi ... dan janji Tuhan itu PASTI


Aku masih lagi lupa:
Segala bantuan dan sedekah itu akan menjadi seperti benih yang akan tumbuh seperti pokok yang semakin membesar selagi masih ada yang merasai manfaatnya ... Hasilnya akan disalurkan "online" kepada kita walaupun kita sudah tiada lagi di alam nyata ini ..


Dan aku tidak sedar:
Tuhan jugalah yang menghantar kepada aku, insan - insan peminta sedekah , peminta derma dan peminta bantuan itu, untuk mengambil kembali hak mereka yang ada pada tangan aku ..


Sememangnya aku tak dapat melihat:
Yang Tuhan menghantar mereka semua itu secara tidak langsung untuk memberikan ganjaran yang berganda - ganda yang berterusan tanpa henti itu kepada aku ...


sambil tangan aku menulis, mataku terbuka luas, Semoga otak dan hatiku juga begitu ....


NYSM epic

Alam dan Konsep Penciptaan



Memang tak dapat dinafikan Alam adalah pengaruh terbesar dalam membentuk pemikiran manusia .. Maka penciptaan alam yang serba sempurna penuh dengan misteri dan rahsia itu pasti mampu mempengaruhi manusia dalam berfikir dan menghasilkan sesuatu yang tercetus keluar dari kotak "buah" fikirannya ...


Maka tidak mustahill jugalah idea dan konsep asal penciptaan "Pesawat Terbang" Terawal manusia dulu juga ada kaitan secara falsafahnya dengan "Buah Helikopter" ini ... 
http://nysmepic.blogspot.com/2012/07/buah-helikopter-dan-kereta-vintage.html


Persoalan ini mungkin boleh dijawab oleh pengkaji - pengkaji teknologi terkemuka di dunia yang mempunyai fikiran yang sangat dalam dan halus umpama tusukan mata pensil setajam jarum paling halus ke dalam getah pemadam ...

Sekian


NYSM epic