Khamis, 22 November 2012

MAT TEH O

Mat Teh O,

Nampaknya Jangka hayat kau hanya setakat ini, di bumi Biru ini. Hanya kerana Kealpaan seketika, Jasa menggunung lenyap begitu saja, secara tiba - tiba. Tak sangka kau diCepat sePecat ini.

Lepas ni @syuq kringet tak dapat nak pau kau minum Teh O lagi dah .
Sebak pulak rasa. Tak dapat aku nak teruskan coretan ini lagi .............

NYSM epic



" Hmmmm Lepas ni, aku minum sorang2 lah nampaknya ... apa nak buaat ..." - Mat Teh O

Sabtu, 3 November 2012

Yang Indah Itu Bahasa , Yang Baik Itu Budi

Peribahasa dulu ada berkata Yang Indah Itu Bahasa , Yang Baik Itu Budi ...

Halus , dalam , penuh kiasan namun sangat berlapik dan bersopan dan merendah diri ... Namun Bersemangat dan Berjatidiri ...

Mungkin ia boleh disimpulkan dalam lagu - lagu legend seperti yg dibawa oleh SM Salim , Ahmad Jais dan banyak lagi Legend .... Bahasa dan feel Melayu ....

" Kusangka aur di pinggir tebing Kiranya tebu di pinggir bibir Kusangka jujur pancaran batin Rupanya palsu penghias zahir Kukira hati jiwa nurani Suci seindah wajah terbayang Kukira puji seikhlas budi Kulupa lidah tidak bertulang Di manis gula semut binasa Kail berduri bersalut umpan Di manis kata insan terlena Kerana budi hamba terkorban Inikah dia lakunan hidup Di pentas dunia insan berpura Tipu dan daya pencapai maksud Budi dan harta merangkum noda ... "

Selasa, 30 Oktober 2012

B.A.C.A. : Hidup ini Pelayaran (Free Flow Part)




' .... Hidup ini umpama pelayaran ... Kita perlu melengkapkan segala peralatan dan persediaan untuk dibawa dalam pelayaran tersebut, kerana jika tersilap langkah, kita akan karam dan tidak akan kembali lagi ..." Salam merenung jauh ke tengah lautan yang tidak berpenghujung itu. Bersamanya, kelihatan pelbagai jenis senjata lengkap, persis seorang pahlawan yang mahu pergi ke medan perang ... "

" ....Bot yang dinaiki salam meluncur laju menuju ke arah satu destinasi.... ABADI ...."

Salam merenung semakin jauh ke tengah lautan ... Entah macamana tiba - tiba terngiang - ngiang di telinganya alunan lagu Aku yang Tersakiti , seolah - olah ianya dibawa melayang bersama deruan angin kencang Laut China Selatan itu ....



Salam 

B.A.C.A.

NYSM  ® all rights reserved

Sabtu, 13 Oktober 2012

Hidupkan Enjin Mu




Pengembaraan aku diatas Jentera Gah di Padang Pasir tidak bertepi ini, masih belum bertemu jalan keluar... Ribut Pasir dan Kabut Tebal menutup pandangan dan menyesakkan dada ...


Pedulikkan Apa Kata Mereka!! ... Hidupkan Enjinmu  Kerana Perjalanan ini Mesti diteruskan .....

NYSM

Selasa, 2 Oktober 2012

Kau Mesti 'Kuat'


Kau Mesti Kuat : Menentang Segalanya ....

Di saat semua dan segala - galanya seperti mahu menghancurkan kau,  sehinggakan suara dari dalam sendiri pun sudah tidak kau percaya lagi ... Apa lagi yang boleh kau lakukan ? Hanya ada diri kau sendiri ... Hanya antara kau dan Dia ... 

Kau tiada pilihan lain lagi melainkan kau mesti 'Kuat' dan 'Menjadi Kuat' ... Walau 'Semua' berkata tidak ...

Kerana Dia akan bersama yang 'Kuat' ... Bukan kuat Fizikal , tapi Kekuatan Dalaman dan Spiritual ..

'Hakikatnya' , mereka yang mampu berSabar itulah yang Paling 'Kuat' 




NYSM

Selasa, 28 Ogos 2012

SIX PACK vs SIX PLATEX




" Ia Ringkas dan Simple "

Kita tak memerlukan six pack lagi, sebab ia agak sukar untuk di 'maintain' dan dipantau dan dibawa ke mana - mana ... Kini ia boleh digabungkan menjadi satu ...
6 dalam 1 ... Dan ia Di panggil

6 PLATEX



NYSM epic

Jumaat, 10 Ogos 2012

Balada Orang Mengantuk - Bahagian 1



" ... Rasa mengantuk dan lemah ini hanyalah permainan fikiran ... Jika minda ini nampak hikmah yg tersembunyi, nescaya tiada mengantuk lagi ... " - Orang Mengantuk 


NYSM epic

Rabu, 8 Ogos 2012

Ingat Sebelum Kena





Situasi ni selalu sangat jadi dalam perlawanan Bolasepak ... Macam gambar kat atas tu .. (Macam pernah tengok je game ni ...)


Bila engkau berada di depan, atau di atas, bila - bila masa boleh jatuh atau tersungkur jika kau leka ... Begitu jugak dengan benda baik yang kau buat terutama dalam bulan Ramadhan sekarang ni ...

Jangan kau nak rasa bangga atau selesa sangat dengan kedudukan kau sekarang yang hebat ... Seminit kau terleka maka hancurlah semua yang kau telah kumpul atau kecapi selama ini dalam sekelip mata sahaja ...

Bila sudah berada dalam kesenangan, manusia selalu menjadi bangga diri dan melupakan kesusahan yang bakal dilalui jika mereka tersilap langkah ... Maka, itulah yang mereka tanggung bila sudah terkena ...


NYSM epic

Selasa, 7 Ogos 2012

TALI



" Berpegang lah Pada Tali Itu "

Jangan sesekali kau lepaskan atau membiarkan ia putus ...

Kerana hanya tali - tali itulah yang memastikan kau berada di Jalan dan Laluan yang Betul dan Selamat ...

Namun Tali ini tak dapat di lihat oleh Mata Kasar .
Ia adalah: Tali Tuhanmu dan Tali dengan manusia 
"Hubungan" dengan keduanya perlu dijaga ...

NYSM epic


Khamis, 2 Ogos 2012

Jejak Menuju Cahaya



" Jejak Langkah siapakah yang mahu kau ikut ??


Kita sering terpesona, terkeliru diracuni dan dibutakan, sehingga sentiasa memilih untuk menuruti jejak langkah dan jalan yang membawa kepada "Syurga Inderaloka Impian Palsu" yang pengakhirannya adalah kemusnahan dan kehancuran ...




Jalan menuju Cahaya yang diakhirnya Pulau Kencana memang sangat jauh dan berliku dan jejaknya sentiasa ditutup dan dipalsukan oleh makhluk - makhluk yang dikutuk. 


Namun bagi mereka yang benar - benar mendambakan pertemuan yang dirindu itu, walaupun sukar, mereka masih mempunyai jejak - jejak langkah dan panduan GPS yang ditinggalkan oleh "Yang Teristimewa" kepada mereka ...


Jaminan Sang Pencipta, bagi sesiapa yang mengikut jejak itu, mereka pasti sampai ke destinasi, samada lambat mahupun cepat ...


Langkah - langkah yang lemah dan perlahan, namun berterusan pasti membawa engkau sampai ke sana, Pulau Kencana .... 


" Di saat aku menulis coretan ini, kaki aku amat lemah untuk melangkah,tangan ter k e tar r - K eta r  un tu k  me  n u lis, n A mun , di hA .. da pa n , aku d a P a t  me li haT Ba ya ngan Kei in Da H an Langit d A n  P u L A u  y . a n g  K u Ce R i TA kan I tu .. Se ki an .. B RY a n M c _______________________ . "



NYSM epic


  

Isnin, 30 Julai 2012

RAMA - RAMA dan LILIN



" Kau masih tidak benar - benar mengenal akan kejadian Lilin itu , jika kau hanya melihatnya dari jauh ... Kau akan mengenalnya bila kau sudah merasai bagaimanakah rasanya kepanasan api yang memancar terang dan mencairkan lilin itu sehingga lenyap ..."


Kata Rama - Rama yang bijaksana kepada pengikut - pengikutnya yang masih keliru dan ragu - ragu tentang sifat lilin itu sendiri .......


NYSM epic


Ahad, 29 Julai 2012

" REFLEKSI"




Maya Fatamorgana materi memperlihatkan ia sebagai dua imej dari pandangan mata kasar .


Namun apa yang kita lihat bukanlah yang Hakiki. Keindahan hakiki, perlu dicari di dalam diri sendiri. Ia seumpama "REFLEKSI". Untuk Mengenal yang Hakiki perlu terlebih dahulu mengenal diri sendiri. 
Yang Hakiki tak dapat dilihat dengan mata kasar, kerana ia terlampau indah dengan keindahan yang tiada batasan, menjangkaui imaginasi akal ....


** 
" ... Tetapi dengan kemurahannya yang berlimpahan ia telah memberi kita sebuah cermin yang memantulkan bayangannya sendiri, dan cermin ini ialah hati. Tinjaulah ke dalam hati , dan di sana , kitakan melihat bayangannya .... "


Namun tak semua yang dapat melihat refleksi itu, hanya yang benar - benar yakin, tabah dan sabar dalam melalui perjalanan yang jauh dan amat sukar, layak menjadi yang terplilih  ... Hanya kecintaan sejati yang menjadi azimat untuk sampai ke destinasi itu ...


Selebihnya hanya yang dilihat cumalah diri sendiri 

NYSM epic

Khamis, 26 Julai 2012

CINTA



Mungkin mesej yg sesuai disebarkan pada dunia hari ini ....

" Tiada Cinta sehebat dan seluas cintaNYA "


NYSM epic

"IMBANGAN "




Ia seperti pengalaman menunggang kuda ... Tiada talipinggang keselamatan yang mengikat, menjadikan risiko untuk tergelincir dan jatuh begitu terbuka dan agak begitu memberi tekanan ...


Namun, dengan teknik dan ilmu yang cukup dan betul ditambah dengan latihan yang berterusan, ia akan menjadi begitu lancar tanpa perlu berusaha berlebih - lebihan .. Semuanya menjadi lancar dan tersusun dengan lembut dan cantik , meluncur laju bak kuda tunggangan yang sedang memecut kencang dan garang .... Ia boleh diibaratkan " Garang yang Penuh Kelembutan " ....


Segala imbangan, gerakan bahasa badan, pemahaman dan penumpuan harus betul dan tepat untuk menjadikan ia difahami dan bersatu sebati dengan kuda tunggangan yang bakal begerak mengikut arah dan momentum yang sama dengan apa yang kita hajati ...


Mungkin contoh yang agak 'advance' dlm zaman cyber ini adalah seperti "Avatar" menuggang burung raksasa dalam filem Avatar. 


Begitulah kiasannya, bila sebutan dan ilmu itu sudah bersatu dan menjadi sebati lantas memancarkan suara dan bunyi yang indah benar dan nyata .... yang bakal membawa mereka ke alam yang lebih indah dan abadi ... " Eterniti "


Bacalah , bacalah dengan nama Tuhan mu .....

NYSM epic

Selasa, 24 Julai 2012

Tengok Je Dah Tahu



Bila kita dah sampai kepada satu tahap dalam kemahiran menguasai ilmu atau bidang tertentu, suatu fenomena magis atau keajaiban semulajadi akan berlaku iaitu :


" Tengok Je Dah Tahu "

Cuma jangan sesekali menyalahgunakan kebolehan luarbiasa ini, kerana kesannya membawa kepada kemusnahan ...


NYSM epic



Aku dan Insan Lemah


Selama ini, bila kelihatan kelibat peminta sedekah atau pengutip derma datang menghampiri, seringkali pandangan negatif lah yang akan menguasai fikiran ..."  mungkin mereka hanya menipu, ataupun sengaja cuba mengambil kesempatan atas kesenangan aku ... ataupun aku lebih memerlukan harta ini .." Itulah alasan yang sering digunakan untuk aku mengambil keputusan untuk tidak melayan permintaan mereka...


Maka berlalulah mereka pergi dengan patah hati ...


Namun aku lupa :
Rezki yang aku dapat ini datangnya dari Tuhan. Dan Tuhan telah menetapkan dari rezki itu, bahagian - bahagian  untuk mereka yang lebih memerlukan .. iaitu insan  - insan yang dalam kesusahan dan sangat daif.. Mereka yang tiada tempat bergantungan lagi ...


Aku juga lupa :
Tuhan telah berjanji untuk menggantikan apa yang kita berikan itu dengan ganjaran yang berganda ganda lebihnya, di dunia sini lagi ... dan janji Tuhan itu PASTI


Aku masih lagi lupa:
Segala bantuan dan sedekah itu akan menjadi seperti benih yang akan tumbuh seperti pokok yang semakin membesar selagi masih ada yang merasai manfaatnya ... Hasilnya akan disalurkan "online" kepada kita walaupun kita sudah tiada lagi di alam nyata ini ..


Dan aku tidak sedar:
Tuhan jugalah yang menghantar kepada aku, insan - insan peminta sedekah , peminta derma dan peminta bantuan itu, untuk mengambil kembali hak mereka yang ada pada tangan aku ..


Sememangnya aku tak dapat melihat:
Yang Tuhan menghantar mereka semua itu secara tidak langsung untuk memberikan ganjaran yang berganda - ganda yang berterusan tanpa henti itu kepada aku ...


sambil tangan aku menulis, mataku terbuka luas, Semoga otak dan hatiku juga begitu ....


NYSM epic

Alam dan Konsep Penciptaan



Memang tak dapat dinafikan Alam adalah pengaruh terbesar dalam membentuk pemikiran manusia .. Maka penciptaan alam yang serba sempurna penuh dengan misteri dan rahsia itu pasti mampu mempengaruhi manusia dalam berfikir dan menghasilkan sesuatu yang tercetus keluar dari kotak "buah" fikirannya ...


Maka tidak mustahill jugalah idea dan konsep asal penciptaan "Pesawat Terbang" Terawal manusia dulu juga ada kaitan secara falsafahnya dengan "Buah Helikopter" ini ... 
http://nysmepic.blogspot.com/2012/07/buah-helikopter-dan-kereta-vintage.html


Persoalan ini mungkin boleh dijawab oleh pengkaji - pengkaji teknologi terkemuka di dunia yang mempunyai fikiran yang sangat dalam dan halus umpama tusukan mata pensil setajam jarum paling halus ke dalam getah pemadam ...

Sekian


NYSM epic

Khamis, 19 Julai 2012

HOW???

All questions will finally end up with 'How' ... And the answer is never stop searching for the 'Answer' ... 

Until you realise that the answer is in you ...  it's you ...  



Yes It's YOU !!


Really It's YOU !!


~ NYSM Epic ~

Isnin, 16 Julai 2012

Di Laluan Ini: " Buah Helikopter dan Kereta Vintage "


" Di laluan jalan berbukit bukau Banjaran Titiwangsa itu ," Bunga Helikopter " berguguran bagai Hujan ... Kipas - kipasnya berputar laju sambil melayang turun tanda mahu mendarat ... dengan Bilangannya banyak tak terkira ... Umpama Helikopter - helikopter perang baru pulang dari satu operasi besar - besaran menyerang sebuah negara Arab .....

Hebatnya ciptaan Tuhan. DisediakanNya kipas agar buah ini gugur dan mendarat dengan selamat tanpa hancur pecah berderai ... Maka berterusanlah ia membiak hingga ke hari ini ....


Suatu ketika dulu , lebih kurang seratus (100) tahun dahulu (1907 -1910), ia menjadi laluan kereta - kereta vintage yang dijadikan Bas Persiaran ... Laluan Kuala Kubu - Genting - Teranung Raub .... Mungkin Charlie Chaplain , Hitler , Queen Elizabeth dan ramai lagi orang Eropah pernah lalu di sini ...

Dan Bunga Helikopter itu lah menjadi saksi .... 35 tahun dulu (1978) , menurut cerita dari sahabatku dia juga kerap lalu di laluan ini ... Dan buah Helikopter itu gugur lagi ...
Banyak .. Cuma kali ini , laluan jalan yang yang bengkang bengkok dan berbelit umpama ular melingkar itu menyebabkan anak - anak kecil jadi pening , mual dan muntah .....  Dialah anak kecil itu ....

Dan buah helikopter ini jugalah sebagai penemannya ... Jerih - perih , suka duka lauan ini .....




NYSM epic

Ahad, 15 Julai 2012

HUD HUD


Dihikayatkan  beribu - ribu burung dan margasatua pelbagai jenis diketuai oleh Hud-Hud (Spesis keturunan Belatuk - yang pernah menjadi peninjau istana Balqis zaman nabi Sulaiman, dan peninjau tanah daratan zaman banjir besar nabi Nuh) , pergi mengembara dengan hasrat yang tinggi tak terperi mencari Raja mereka yang termasyur. Akhirnya yg tinggal hanya 30 ekor sahaja yang berjumpa dgn Raja SIMURAQ yg 'ironically' barmaksud 30 (dalam bahasa Parsi). Mereka akhirnya mendapati raja yg teragong itu refleksi daripada diri mereka sendiri ... 

Pada aku inilah metafora sufi terhebat dan paling DEEP tentang hakikat Kewujudan manusia dan hubungannya dgn Tuhan Pencipta (yg Hakiki)

HUD HUD ini digambarkan sebagai burung yang bijaksana , luas ilmu nya menjangkau segala macam kisah berkaitan kisah ketuhanan dan misteri alam ....
Antara petikan - petikan berkaitan:
Lihat dunia dari mata burung atau lihat dari dalam tempurung yg mana satu engkau pilih ...
~ Tanya sama itu Hud Hud @ Hoopoe Bird ~

Diceritakan juga Raja SIMURAQ itu mitosnya bermula di negeri China ,
Bentuknya seperti Garuda dan ada yang sperti Gergasi ............ ( Lang Masilang Kui Masikui ... Lai la lai lai laii la lai lai laii la lai lai lai lai lai lai )




http://esafaree.net46.net/?p=94

esafaree.net46.net
Lihat dunia dari mata burung Atau dari dalam tempurung Yang mana satu engkau pilih Dalam kalut ada peraturan Peraturan mencipta kekalutan Di mana pula kau berdiri Di sini


Berkata Sang Belatuk; " Apakah ertinya segala pertanyaan ini? Apakah ertinya kelemahan semangat ini? Mengapa mundur melangkah untuk mengatasi kesulitan? Bersiap-siaplah dengan alat bekalan iaitu hikmah yang tinggi, azam yang kuat dan tabah hati ... "

<< Musyawarah Burung >>

Dalam keadaan setengah kebingungan, mereka berkata; “ Wahai payahnya perjalanan kita ini. Di sinilah kita melihat ratusan falak hanya laksana butir-butir pasir kecil belaka. Apakah ertinya wujud kita dan apa ertinya adam (tiada) kita dihadapan Hadrat ini? ” << Musyawarah Burung >>


‎" ... sesungguhnya "Kecintaan" itu akan mengubah yang pahit menjadi manis, tanah menjadi emas, yang keruh menjadi jernih, yang sakit menjadi sembuh, penjara menjadi taman, kekasaran menjadi kasih sayang, "Kecintaan"lah yang melunakkan besi, mencairkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan kepadanya... "

(Jalaluddin Rumi)

Inilah cover hikayat Syair agung Sufi " Musyawarah Burung " @ " Conference of Birds " karangan Syeikh Fariduddin Attar .. Ahli Sufi Terkenal . 
en.wikipedia.org
The Conference of the Birds (Persian: منطق الطیر‎, Mantiqu 't-Tayr, 1177) is a b...See more

Terjemahan Penuh pdf : Dalam bahasa Indonesia 
http://images.fatriyandi.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/TI48wwooCHcAAENeRBU1/Musyawarah%20Burung%20-%20Fariduddin%20Attar.pdf?key=fatriyandi:journal:135&nmid=365554046



SEKIAN 




Realiti dan Impian



Melihat lampu - lampu ini aku seperti di awang - awangan .. Seolah - olah bintang - bintang dan planet - planet di Galaksi Bima Sakti berada di depan mata ... Fikiran aku dibawanya melayang ke suatu tempat yang tidak pernah terbayangkan ... Inderaloka ...


Kulihat ke bawah ... Kelihatan kedua kaki masih memijak bumi ... Di sini, realiti dan impian sudah sama sifatnya .. Tiada garis pemisah jelas ..


Suara itu terdengar lagi : 


" Apa sebenarnya yang kau mahu
Ini impian Cuma sementara
Irama paluan gong impian
Pasti pudar ditelan masa ".


" Tahukah kau mana garis pemisah ?? " Realiti dan Impian " ... Tahukah kau ?? Iyaaa iyaa iyaa iyaa iyaa iyaa iyaa ooooooooo !!!


( petikan dr lagu Gong Impian - MNasir) ...


Dan aku pun terlena ...... 







Bersambung ...

Jumaat, 13 Julai 2012

Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis) ..



Perumpamaan cahaya Nya adalah seperti sebuah tempat pelita yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu berada dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang penuh berkah, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api (lantaran minyak itu sangat bening berkilau). Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis) ...


Embun , Cahaya dan Kicauan Burung



" Saat Embun mula menitis, waktu masih gelap ... Sedikit demi sedikit cahaya putih mula menampakkan wajah wajahnya yang bersinar ke segenap sudut alam ... Lama - kelamaan cahayanya menjadi terang dan semakin terang. 


Di saat inilah burung - burung memulakan bicaranya. Begitu bising sekali mereka berbicara ... Mungkin mahu memberitahu manusia bahawa begitu banyaknya rezeki dan rahmat yang mula turun di waktu subuh dan awal pagi yang cerah itu ......... "


Ku perhatikan
                    Tweet tweet  tweet tweeet tweeet tweeeeeeeeeeeeet tweeet!!


" Itulah yang berlaku di setiap pagi ''

NYSM epic

Jumaat, 29 Jun 2012

" Warrrior and Waterfall " : Pantang Dicabar akan Di Tapak




" .... Husin masih lagi tenang dan selamba meneruskan kerja – kerja yang dibuatnya sejak tadi. Masih tidak puashati dengan tindak tanduk Husin yang tidak memberi sebarang respon itu, Karim cuba melakukan tindakan yang lebih agresif. Kasut Husin yang sudah lusuh dan sedikit koyak itu kini dipijak dan ditenyeh – tenyeh dengan kasut berjenama “Warrior”nya itu.


Kali ini Husin rasa sangat terhina dan tercabar. Had kesabarannya sudah melebihi tahap maksimum. Apatah lagi bila kasutnya putih itu sudah menjadi kotor dek pijakan Karim tadi. Sudah pasti ia akan menimbulkan kemaharan kedua orang tuanya nanti bila balik ke rumah. Dengan tanpa banyak bicara, Husin menolak Karim sekuat hati seterusnya memberikan satu tendangan pusingan sisi atau lebih dikenali sebagai ‘side kick’ dalam seni Karate, tepat kearah perut Karim. .... "


" ..... Dia merenung jauh melihat ke dalam air terjun yang deras menghentam batu – batu di bawahnya. Matanya tertumpu ke arah daun – daun pohon ara yang gugur berterbangan di tiup agin lalu jatuh ke dalam arus aliran air terjun itu, lantas dibawa menuju kearah anak sungai berdekatan. 

“ Apalah nasib yang menimpa aku ini. Apakah aku mahu jadi seperti air terjun yang sentiasa menghentam ganas batu itu tanpa henti?Atau akukah batu itu yang sentiasa merelakan diriku dihentam dan di tujah air yang ganas demi untuk kebaikan orang lain? Atau adakah aku seperti dedaun Ara itu yang hanya gugur tak bermaya dan dihanyutkan oleh air terjun yang deras itu ke mana sahaja ia mahu?”. 


Bersambung ....


Bunga Raya dan Senapang - Hujan November

NYSM epic

Hujan November 2




" ... Pemuda misteri yang dari tadi hanya tunduk sambil sesekali menghirup minumannya kini bangun menuju meja tempat ketua penjenayah tadi minum. Dengan tidak semena - mena dia melanggar meja itu yang membuatkan teh tarik ketua penjenayah itu tumpah. Ini membuatkan ketua penjenayah itu marah, namun pemuda itu memohon maaf berkali - kali.  ... "


Bersambung ......

Bunga Raya dan Senapang - Hujan November

NYSM epic