Khamis, 22 November 2012

MAT TEH O

Mat Teh O,

Nampaknya Jangka hayat kau hanya setakat ini, di bumi Biru ini. Hanya kerana Kealpaan seketika, Jasa menggunung lenyap begitu saja, secara tiba - tiba. Tak sangka kau diCepat sePecat ini.

Lepas ni @syuq kringet tak dapat nak pau kau minum Teh O lagi dah .
Sebak pulak rasa. Tak dapat aku nak teruskan coretan ini lagi .............

NYSM epic



" Hmmmm Lepas ni, aku minum sorang2 lah nampaknya ... apa nak buaat ..." - Mat Teh O

Sabtu, 3 November 2012

Yang Indah Itu Bahasa , Yang Baik Itu Budi

Peribahasa dulu ada berkata Yang Indah Itu Bahasa , Yang Baik Itu Budi ...

Halus , dalam , penuh kiasan namun sangat berlapik dan bersopan dan merendah diri ... Namun Bersemangat dan Berjatidiri ...

Mungkin ia boleh disimpulkan dalam lagu - lagu legend seperti yg dibawa oleh SM Salim , Ahmad Jais dan banyak lagi Legend .... Bahasa dan feel Melayu ....

" Kusangka aur di pinggir tebing Kiranya tebu di pinggir bibir Kusangka jujur pancaran batin Rupanya palsu penghias zahir Kukira hati jiwa nurani Suci seindah wajah terbayang Kukira puji seikhlas budi Kulupa lidah tidak bertulang Di manis gula semut binasa Kail berduri bersalut umpan Di manis kata insan terlena Kerana budi hamba terkorban Inikah dia lakunan hidup Di pentas dunia insan berpura Tipu dan daya pencapai maksud Budi dan harta merangkum noda ... "