Jumaat, 29 Jun 2012

" Warrrior and Waterfall " : Pantang Dicabar akan Di Tapak




" .... Husin masih lagi tenang dan selamba meneruskan kerja – kerja yang dibuatnya sejak tadi. Masih tidak puashati dengan tindak tanduk Husin yang tidak memberi sebarang respon itu, Karim cuba melakukan tindakan yang lebih agresif. Kasut Husin yang sudah lusuh dan sedikit koyak itu kini dipijak dan ditenyeh – tenyeh dengan kasut berjenama “Warrior”nya itu.


Kali ini Husin rasa sangat terhina dan tercabar. Had kesabarannya sudah melebihi tahap maksimum. Apatah lagi bila kasutnya putih itu sudah menjadi kotor dek pijakan Karim tadi. Sudah pasti ia akan menimbulkan kemaharan kedua orang tuanya nanti bila balik ke rumah. Dengan tanpa banyak bicara, Husin menolak Karim sekuat hati seterusnya memberikan satu tendangan pusingan sisi atau lebih dikenali sebagai ‘side kick’ dalam seni Karate, tepat kearah perut Karim. .... "


" ..... Dia merenung jauh melihat ke dalam air terjun yang deras menghentam batu – batu di bawahnya. Matanya tertumpu ke arah daun – daun pohon ara yang gugur berterbangan di tiup agin lalu jatuh ke dalam arus aliran air terjun itu, lantas dibawa menuju kearah anak sungai berdekatan. 

“ Apalah nasib yang menimpa aku ini. Apakah aku mahu jadi seperti air terjun yang sentiasa menghentam ganas batu itu tanpa henti?Atau akukah batu itu yang sentiasa merelakan diriku dihentam dan di tujah air yang ganas demi untuk kebaikan orang lain? Atau adakah aku seperti dedaun Ara itu yang hanya gugur tak bermaya dan dihanyutkan oleh air terjun yang deras itu ke mana sahaja ia mahu?”. 


Bersambung ....


Bunga Raya dan Senapang - Hujan November

NYSM epic

1 ulasan:

  1. Kali ini Husin rasa sangat terhina dan tercabar. Had kesabarannya sudah melebihi tahap maksimum. Apatah lagi bila kasutnya putih itu sudah menjadi kotor dek pijakan Karim tadi. Sudah pasti ia akan menimbulkan kemaharan kedua orang tuanya nanti bila balik ke rumah. Dengan tanpa banyak bicara, Husin menolak Karim sekuat hati seterusnya memberikan satu tendangan pusingan sisi atau lebih dikenali sebagai ‘side kick’ dalam seni Karate, tepat kearah perut Karim. .... "

    BalasPadam

Nak tumpang merepek? Ikut suka kau lah...