Jumaat, 1 Jun 2012

Jauhari dan Manikam


Suatu kejadian atau ciptaan yang berharga itu hanya dapat di kenal dan dihargai oleh seorang yang pakar dan berilmu atau lebih dikenali sebagai "Jauhari" dalam bidang - bidangnya yang tertentu ...

Hanya Jauhari inilah yang dapat mengenalpasti di antara  batu - batu pantai yang hitam dan putih itu , ada sejenis batu berharga yang indah dan bergemerlapan yang dipanggil Manikam ...

Jadilah engkau Jauhari itu yang boleh mengenali mana yang berharga mana yang palsu. Janganlah engkau menjadi manusia yang dikaburi dan dibutai mata dan hati hingga tidak dapat melihat kebenaran dan keindahan. Hingga Benar kau kata Salah dan Salah kau kata Benar ...

Benda - benda duniawi inilah yang membutakan mata dan hatimu itu ... Hingga kau sanggup menjadi hamba kepada keduniaan , keseronokan , nama , pangkat dan harta .. Hingga lupa hakikat sebenar kejadian ..

" Ya Insan yang Hadir, Dengarlah semua , Kuisytiharkan dengan hati terbuka ,  Ya insan yang daif , Insaflah semua, Manikam yang disangkakan bukan yang asli .. Hanya seiras dan serupa ..Ya Insan yang hagas, awaslah semua , Maya yang Indah ada kudisnya , jangan terpedaya, angin yang membawa berita , pancaindera yang memang lemah , mudah terkeliru ...." - Petikan dari Lagu Insan dan Manikam dari M.Nasir



Semoga Kita menjadi JAUHARI itu ...

~ NYSM epic ~


1 ulasan:

  1. Suatu kejadian atau ciptaan yang berharga itu hanya dapat di kenal dan dihargai oleh seorang yang pakar dan berilmu atau lebih dikenali sebagai "Jauhari" dalam bidang - bidangnya yang tertentu ...

    BalasPadam

Nak tumpang merepek? Ikut suka kau lah...