Sabtu, 2 Jun 2012

:: PAKEJ ::


Hari ini aku belajar sesuatu daripada sebuah Rancangan TV , sebenarnya ketua juri rancangan tersebut juga menyatakan dia juga telah mendapat pelajaran dan kesimpulan yang sama daripada apa yang berlaku sepanjang rancangan itu bermula dari siri pertama hinggalah ke peringkat pertarungan terakhirnya malam ini ....


Ianya berbunyi begini : 


" Walau berapa hebat , unik dan tingginya idea dengan skil yang hebat dalam persembahan yang dihasilkan , ia masih belum cukup ataupun betul - betul lengkap dan jitu untuk menjadi yang terbaik dan dapat menambat hati semua pihak. 


Ada perkara yang lebih penting yang perlu diterapkan selain dari ciri-ciri wajib seperti di atas, untuk menjadikan kita " terbaik antara yang terbaik ". Ia adalah pakej. Pakej di sini bukan lah bermaksud kecantikan atau kekacakan wajah dan paras rupa. 


Namun ia menjangkau kepada perkara lebih menyeluruh iaitu  Kerjasama (Teamwork) , Sangat Berani Mencuba ( No Fear) , Kerja Keras (All Out) dan yang paling penting di antara yang terpenting adalah " Kesungguhan dan minat yang jitu (Passionate) dan Keyakinan Diri yang Maksimum (Self Confident) " dan akhir sekali Kesabaran (tiada istilah putus asa).


Itulah yang membezakan sang Juara dan yang Kedua Terbaik ... 




~ NYSM epic ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nak tumpang merepek? Ikut suka kau lah...