Jumaat, 29 Jun 2012

Main Lastik dan Berpestolan

Hari itu pada 20 November adalah hari lahir dan juga hari peperangan utama Husin dengan pasukan musuh yang diketuai oleh Hasan. Kelihatan daun daun dan buah cenderai itu bergegar , seperti ada sesuatu yang sangat kuat sedang menggegarkannya .. Titisan air hujan yang menyiram umpama bersantai dalam takungan kelopak dedaun pepohon cenderai itu berguguran , berjuraian menjadi manik manik dan mutiara halus yang bertaburan menyimbah bumi. 

Bunyi tembakan das das senapang bedil buloh masih lagi rancak kedengaran.. Letusan peluru cenderai yang meletup membingitkan telinga telinga yang mendengar, berbalas balas umpama senapang automatik yang menukar pelurunya tanpa henti. Hujan juga masih lagi mencurahkan airnya tanpa henti. Daripada gerimis,  sekarang sudah semakin lebat. Namun , tanpa disangka-sangka disebalik pepohon terung bulat dibelakangnya terhambur beberapa biji peluru yang diperbuat dari buah terung bulat itu sendiri sedang melayang laju menuju kesasaran ..


Bersambung ....


Bunga Raya dan Senapang - Hujan November

NYSM Epic

1 ulasan:

  1. Bunyi tembakan das das senapang bedil buloh masih lagi rancak kedengaran.. Letusan peluru cenderai yang meletup membingitkan telinga telinga yang mendengar, berbalas balas umpama senapang automatik yang menukar pelurunya tanpa henti. Hujan juga masih lagi mencurahkan airnya tanpa henti. Daripada gerimis sekarang sudah semakin lebat. Namun , tanpa disangka sangka disebalik pepohon terung bulat dibelakangnya terhambur beberapa biji peluru yang diperbuat dari buah terung bulat itu sendiri sedang melayang laju menuju kesasaran ..


    Bersambung ....


    NYSM Epic

    BalasPadam

Nak tumpang merepek? Ikut suka kau lah...